Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 30 Oktober 2009

Warkah buat pemimpin.

AKU JUGA PENGUNDI

Adakah bukan kerana ahli, suaraku tidak akan dipeduli?

Itulah kenyataan yang perlu aku terima. Oleh kerana aku bukan ahli PAS, maka segala pandangan dan kritikan membina akan dibiarkan sepi. Begitu juga dengan jutaan anak muda yang tidak berparti, suara dan rintihan mereka, pasti tidak akan didengari. Jeritlah sekuat mana tentang ketidakpuasan hati.... ikutlah saluran yang manapun... pasti dibakul sampahkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak ber'hati'. Itu adalah suara dari kami yang tidak berparti, bagaimana dengan anda yang menjadi ahli. Adakah suara anda didengari. Ya,.. mungkin satu ketika dulu, suara anda amat bererti, ketika kekalahan demi kekalahan dikecapi. Tapi kini, yang pasti... suara anda seperti juga kami.

Pergolakan dan krisis yang melanda dalaman parti, sedikit sebanyak memberi gegaran dan impak kepada pengundi. Yang menjadi ahli terasa hati, Yang diatas pagar akan merasa rugi. Mengharapkan pelindung dan perubahan ketika membuang undi, kini sudah tidak bererti, apabila amanah mula dikhianati. Pergolakan sesama pemimpin parti, bukan sahaja menghampiri kerugian malahan bakal menjahanamkan parti. Kasihanilah kami sebagai pengundi walaupun kami bukannya ahli. Kerana undi dari kami, kamu kini disanjung tinggi. Kadangkala kamu sebagai pemimpin tertinggi akan mudah lupa diri, apatah lagi bila diselaputi kemewahan duniawi. Kami yang diakar umbi, sekadar mampu jadi pemerhati kerna suara kami dipandang sepi.

Kami bukannya mengeji, sekadar meluahkan rasa dihati. Kami mengundi bukannya dibeli, tapi diatas keikhlasan hati. Jadi apakah suara kami tidak bererti???


Kamu dipilih bukannya untuk menjadi raja. Kamu dipilih untuk menjadi hamba. Hamba kepada rakyat jelata. Kini bila meraih kuasa, kamu terlupa amanat dan harapan mereka. Kamu merasakan kuasa adalah segala-galanya. Sedar tak sedar kamu kini menjadi pemimpin yang tidak boleh lagi dipimpin. Kamu mudah lupa!! Lupa pada janji-janji, lupa pada amanah dan lupa pada kekuasaanNYA. Dengan izinNYA kamu diatas, dan tidak mustahil dengan izinNYA kamu bakal ditindas.

Berbalik kepada amanah yang diberikan.. Amanah dari rakyat, amanah dari kaum yang ditindas untuk melihat satu perubahan. Tapi setelah kamu berkuasa, apakah perubahan yang kamu lakukan? Sekadar dengan janji-janji dan harapan palsu. Namun kami sedar, perubahan tidak mungkin dapat dilakukan dalam sekelip mata setelah kerosakan teruk lebih 50 tahun. Tetapi belumpun perubahan itu terlaksana, di depan mata kami, kamu bercakaran.... apa sudah jadi.
Bukan ini yang kami impikan tatkala memangkah kertas undi semasa pilhanraya yang lepas.

Wahai pemimpin-pemimpin yang disayangi, sesungguhnya kamu masih lagi perlu dipimpin, undurlah demi satu perubahan, undurlah demi kesejahteraan rakyat. Berilah peluang kepada yang berkemampuan. Kamu tetap akan dikasihi dan disayangi. Apalah gunanya menjadi pemimpin sekiranya tidak boleh memimpin??

Undurlah sebelum parah!!! Undur untuk perubahan!!! Undur demi kesejahteraan!!!

Allahuakhbar!!!



akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu