Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 9 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : Samseng UMNO semakin mengganas

 TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.


 harakahdaily.net


Berhampiran Markaz Ulama' PAS Bt 3 Jln Pantai, samseng-samseng Umno cuba membuat kacau lagi malam tadi. Mereka meminta agar khemah-khemah peniaga disepanjang jalan berhampiran masjid ditutup/diturunkan. Sekitar jam 10.10 malam mereka memberi masa 1 jam untuk semua khemah-khemah tersebut dibuka. Kalau tidak mereka yang akan robohkan.

cheGu Bard sedang berucap

Tapi dengan kehadiran anggota polis yang ramai percubaan untuk membuat kacau itu dapat dipatahkan.

sebahagian dari orang ramai sedang mendengar ceramah che gu Bard
(kepala samseng gambar dalam bulatan)

Pada masa yang sama , Markaz Ulama' sedang mengadakan ceramah nya. Antara penceramah nya ialah cheGu Bard dan Ustaz Haron Din.
FRU terpaksa membuat dua benteng bagi memisahkan antara penyokong PAS yang sedang mendengar ceramah dengan samseng-samseng Umno yang ingin membuat kacau.

Sehingga hampir jam 12 malam sewaktu saya meniggalkan kawasan tersebut, tiada sebarang kejadian buruk berlaku. Anggota polis terus berkawal.

http://mimpi-senja.blogspot.com
akira

2 ulasan:

  1. haha..FITNAH!!

    BalasPadam
  2. aku taknak hentam hang tapi aku nak hentam parti kepala lembu humno..

    weiii...ingat org PR takut ke,kami tgu green light dari ketua je

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu