Pilihan anda di PRU13

Isnin, 12 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : Penjelajahan Tujuh Perhentian

Jumaat 9/10/09 jam 10:30 malam : Pengembaraan bermula dari Pulau Pinang ke Bagan Pinang. 6 sahabat menggunakan sebuah van berlepas dengan semangat membara.

HENTIAN PERTAMA
R&R Bukit Gantang
Jumaat 9/10/09 jam 11:55 malam : Dengan kelajuan sederhana 90km/jam van bergerak lancar.Ada sahabat yang tak tahan nak terkucil. Van membelok memasuki hentian rehat Bukit Gantang. Dah alang-alang berhenti... kita minum dulu... Tel berbunyi... suara disebalik sana memberitahu masih ada 2 buah kereta yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bagan Pinang masih berada di Parit Buntar. 6 sahabat membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan secara perlahan agar 2 buah kereta dapat mengejar.

HENTIAN KEDUA
Jumaat 9/10/09 jam 12:35 malam 
Penghujung Terowong Bukit Jelapang.
Seorang sahabat meniru bunyi motor Superbike tatkala berada 50 di penghujung terowong. 5 meter terakhir di penghujung terowong, kisah baru bermula ... sebaik sahaja bunyi motor yang dialun melalui mulutnya terhenti, tayar hadapan van sebelah penumpang pula bernyanyi . Keadaan bahaya di dalam terowong menyebabkan si pemandu terpaksa meneruskan perjalan hingga ke kawasan lapang di penghujung terowong. Si pemandu yang mengarahkan sahabat2 lain untuk turun dan menukar tayar... namun sangkaan bahawa tayar pancit meleset sama sekali.... setelah diteliti, punca sebenar adalah disebabkan 'bearing' tayar hadapan pecah. Perjalanan terpaksa diteruskan, mana nak cari pomen tengah-tengah malam buta. Pemandu berharap kenderaan dapat berfungsi hingga ke tol jelapang. Van bergerak perlahan... 6 sahabat terus berdoa, namun Allah telah membuat keputusan untuk menguji 6 sahabat tersebut. Bearing yang pecah telah hancur berkecai menyebabkan tayar hadapan tidak dapat berfungsi. Seperti anda menekan brek. Dah tak boleh bergerak langsung. Kenderaan berada si zon bahaya, lebih kurang 30meter selepas selekoh pertama di atas bukit jelapang. Selepas 10 minit peronda PLUS datang dan mengawal lalulintas. Dengan pertolongan mereka, sebuah trak tunda berjaya dihubungi, 20 minit selepas itu trak tunda sampai dan van tersebut telah ditunda ke sebuah bengkel di taman Meru. Khidmat menunda terpaksa dibayar walaupun harga naik sekali ganda. Alasannya, malam dan duit kopi terpaksa diberi kepada peronda yang membantu tadi.

HENTIAN KETIGA
Sabtu 10/10/09 jam 0120pagi
Taman Meru, Ipoh
Sesudah sampai di bengkel, tel berbunyi, sahabat yang datang dengan kereta akan singgah sebentar di bengkel tersebut. Lebih kurang 10 minit selepas itu, mereka sampai. Sembang punya sembang, jam menunjukkan pukul 2 pagi, mereka akan terus bertolak ke Bagan Pinang malam ini juga. Sebelum bertolak, rm50 dihulurkan kepada pemamdu... Alhamdulillah.... 6 sahabat membuat keputusan untuk tidur disitu sementara menunggu bengkel tersebut dibuka.  3 tidur di van dan 3 lagi disurau berdekatan.

Kenderaan berjaya dibaiki ketika jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Pelbagai usaha dilakukan oleh mekanik untuk menukar bearing namun tidak berjaya kerana shaft dan mangkuk bearing dan bengkok. Hantar pula ke foundry, masih tidak berjaya dibaiki, kesudahannya terpaksa mnjelajah kedai-kedai 'half cut'. Punah lagi sebelah tangan..... namun perjuangan terpaksa diteruskan. ...setelah selesai semuanya...perjalanan diteruskan...

HENTIAN KE-EMPAT
Sabtu 10/10/09 jam 0230 petang
R&R Tapah
Berhenti untuk mandi,makan dan bersolat.... semangat yang agak pudar kembali membara apabila diberitahu kemeriahan di bagan pinang oleh sahabat2 yang telah selamat sampai disana. Perjalanan diteruskan secara santai berikutan kekhuatiran akan berlaku kerosakan dan kemalangan jika dipandu laju.... mana taknya... dah hangus rm6++.++.... banyak tuuuu...dugaan...dugaan..... semuanya berdoa agar dipermudahkan perjalan ke sana, " Ya Allah hamba-hamba MU ini insan yang lemah dan tak mampu nak tanggung dugaan yang lebih berat...kau permudahkanlah perjalan kami"

HENTIAN KE LIMA
Sabtu 10/10/09 jam 0630 petang
Bayu Beach Resort
Setelah penat mengharungi 20jam perjalanan akhirnya tiba juga ke destinasi. Ada sahabat telah menaja penginapan di Bayu Beach Resort. Terima kasih diucapkan. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.  Berada di Bagan Pinang seperti berada di dalam markas besar umno. Seluruh kawasan dipenuhi bendera umno dan bn. Bendera-bendera pas tenggelam sama sekali. Keadaan dan suasana berbeza sama sekali dengan mana-mana PRK yang pernah dijelajahi sebelum ini. Pemuda2 dan puteri2 umno bersepah sana sini. Bila ada yang memakai pakaian berlogokan PAS akan menjadi mangsa renungan mereka. Lagak tak ubah macam samseng jalanan.

Banyak pengalaman yang dipelajari disini. Kuasa wang ringgit merubah segala-galanya. Anak2 muda tergadai maruah diperkudakan pemimpin2 mereka. Tiada rasa segan dan silu memaki hamun warga2 emas. Isyarat2 lucah dan kata2 kesat menjadi amalan mereka. Provokasi yang dilakukan melampaui batas mana-mana agama yang ada didunia. Kalau diikutkan hati, pasti mati alamatnya... namun dugaan yang diberi harus diharungi dengan akal dan bukannya nafsu. Kekecohan berlaku di beberapa tempat. Pemuda2 umno yang mabuk air kencing syaitan mula melakukan kekacauan. Provokasi demi provokasi dilancarkan oleh mereka namun tidak mendapat sambutan. Petugas2 PR bijak mengelak daripada berlakunya kekecohan yang lebih teruk. Inilah kekuatan yang perlu di terapkan kepada setiap petugas dan penyokong2 PR. Kekuatan menentang rasa marah. Bila anda berjaya mengawal amarah, anda masih lagi seorang manusia. Bila amarah menguasai diri, perasaan tidak stabil dan perlakuan anda tidak terkawal..... itu menandakan anda telah bertukar dari manusia kepada binatang. Anda akan dilabel setaraf dengan binatang-binatang  yang wujud dan melakukan kekecohan di sana.

Pengalaman selama lebih 24jam berada di Bagan Pinang mampu untuk diterjemahkan kepada sebuah buku. Pelbagai ragam dan gaya dapat dilihat. Untuk mendapatkan keadaan dan suasana disana anda boleh melawat mana-mana blog sahabat yang lain. Banyak gambar dan cerita disampaikan.

Setelah tamat tempoh membuang undi, 6 sahabat bergerak ke markas induk Pas. Setelah selesai pengiraan undi, wajah-wajah sedih terbayang di kebanyakkan  penyokong-penyokong PAS yang berada disitu. Namun kekalahan di Bagan Pinang tidak melunturkan semangat mereka untuk terus berjuang.

6 sahabat sebulat suara untuk meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang setelah keputusan prk bagan pinang diumumkan. Dalam perjalanan pulang hanphone tak henti2 berbunyi, ramai di antara sahabat menanyakan keadaan di bagan pinang.

HENTIAN KE ENAM
Ahad 11/10/09 jam 1000 malam
R&R Rawang
Berhenti untuk solat dan makan. Suasana yang amat unik dapat dilihat. Penyokong-penyokong Pas yang dalam perjalanan pulang ke tempat masing2 tanpa segan silu memakai baju berlogokan Pas walaupun kalah. Berbeza sekali dengan penyokong2 umno. Sekiranya diumumkan kalah, baju pasti berada dalam beg, malu nak pakai kononnya.  Syabas diucapkan kepada pejuang-pejuang Islam ini. Sempat berbual dengan salah seorang pemuda Pas dari Kedah yang dipukul semasa kekecohan yang melibatkan seorang petugas Pas ditetak. Pengalaman yang dilalui dikongsi bersama 6 sahabat.

HENTIAN KE TUJUH
Ahad 11/10/09 jam 1130 malam
R&R Tapah
Perhentian terakhir sebelum meneruskan perjalan pulang. Sempat berbual dengan petugas2 Pas dari Batu Kurau. Pelbagai cerita dapat dijadikan pengalaman yang berguna. Lebih kurang jam 1.45 pagi, 6 sahabat selamat sampai. Kedai kopi tepi masjid menjadi pilihan sebelum semua bergerak pulang ke rumah masing2.

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu