Pilihan anda di PRU13

Isnin, 12 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : Biar kalah BERJUANG, jangan menang dengan TEMBERANG!

Bila ada sebuah pertandingan, pasti ada pihak yang menang dan ada yang kalah. PRK N11 Bagan Pinang, di atas kertas BN telah mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan PAS dengan majoriti  5435. Strategi yang diatur oleh BN semasa kempen pilihanraya membuahkan hasil. Dan jangan terkejut sekiranya strategi ini akan digunakan di setiap PRK sekiranya berlaku selepas ini. Dengan menggunakan Wang, Peras Ugut dan Samseng, Umno BN telah berjaya mencatat kemenangan walaupun dari segi moral, Umno telah menggunakan strategi yang amat jijik dan terhina demi mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut. Rasuah  umpama hujan duit di Bagan Pinang. Dari sekecil-kecil nilai hingga mencecah jutaan ringgit. Dari India estet hinggalah anggota tentera, semuanya merasa nikmat hujan rasuah tersebut. Ada yang dirasuah dengan nilai ringgit Malaysia dan ada yang dirasuah dengan janji-janji pembangunan dan perubahan.

Kemenangan Umno juga bukan disebabkan rasuah sahaja , tetapi dibantu oleh pemuda-pemuda Umno yang dilatih ala-ala komando untuk menjadi SAMSENG. Setiap hari semasa kempen pilihanraya berlangsung, samseng-samseng ini akan menunjukkan taring dengan melakukan keganasan keatas jentera dan petugas pilihanraya PAS dan merosakkan bahan-bahan kempen. Malah puluhan laporan polis telah dibuat namun tiada sebarang tindakan yang diambil. YA!! Bila samseng dah dilindungi oleh pihak polis, kepada siapa lagi laporan harus dibuat. Dalam keadaan mabuk, pemuda-pemuda samseng ini akan melakukan apa sahaja yang dimahukan oleh TUANNYA dengan syarat DUIT DIDAHULUKAN. Bila matahari melabuhkan tirai, maka syaitan yang merasuk samseng-samseng ini akan bermaharajalela. Boleh dikatakan setiap malam pasti akan ada keganasan yang dilakukan oleh mereka. Dengan nilai bayaran dari puluhan ringgit hingga ribuan ringgit, anak-anak muda ini sanggup menggadaikan maruah mereka untuk diperkudakan oleh pemimpin-peminpin Umno.Wang tidak menjadi masalah buat pemimpin-peminpin Umno tatkala ini, selagi mana mereka memegang tampuk pemerintahan pusat, duit rakyat yang diamanahkan akan dilaburkan sewenang-wenangnya demi memperolehi kemenangan.

Disebalik kemenangan Umno BN di Bagan Pinang, undi POS tidak terkecuali menjadi senjata utama mereka. Dengan memperkudakan SPR, undi Pos berjaya mengekalkan kemenangan BN di PRK Bagan Pinang. Undi POS satakat ini yang menjadi senjata utama BN dimana-mana pilihanraya turut diragui  ketelusannya. Malahan ada anggota-anggota tentera sendiri yang mendedahkan bagaimana hak mereka untuk mengundi disalahgunakan. Bayangkan ada diantara askar-askar pencen yang tak pernah melihat bagaimana wajah dan rupa kertas undi sepanjang mereka berkhidmat di sebagai tentera.

Apapun aku percaya Allah mengizinkan kemenangan mereka untuk menguji kita. Pengalaman yang dikutip oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat dan para Blogger di Bagan Pinang akan dijadikan sesi pembelajaran yang amat berguna dalam menghadapi jentera Umno BN di masa hadapan. Kalian semua telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Nafsu amarah kalian berjaya dikekang dalam menghadapi samseng umno dan ini membukitkan anda telah berjaya menghadapi dugaan yang amat berat daripada Yang Maha Esa. Bukan perkara mudah untuk mengawal nafsu kita yang sentiasa dicucuk bara oleh syaitan-syaitan yang ingin menyesatkan.

"TERUSKAN PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM BIARPUN DUGAANNYA PAHIT SEKALI"

Allahuakhbar!!!


akira

4 ulasan:

  1. Kalau dah kalah tu.......

    BalasPadam
  2. Yolah tu! Bilo PR monang ekau kato rakyat sebelah PR, kalau ekau kalah, ekau kato BN rasuah. Sudahlah, rakyat dah paham bonar dan muak tektik2 kotor pembangkang.Cari lah alasan lain yang lobih munasabah.

    BalasPadam
  3. kami penyokong pakatan rakyat tak pernah kecewa bila PAS kalah. perjuangan perlu diteruskan. Biarlah umno dengan tipu helahnya. untuk mengekal kemenangan di Bagan Pinang, berjuta-juta duit rakyat dihabiskan dan berkilo-kilo dosa sanggup ditanggung. Pergi jahanamlah dengan Umno!!

    BalasPadam
  4. teruskan perjuangan.

    Allahuakhbar!!!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu