Pilihan anda di PRU13

Selasa, 13 Oktober 2009

PRK BAGAN PINANG : Warga Bagan Pinang WAJIB berterima kasih kepada PAS


keputusan rasmi mengikut UPU

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi

Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya

 Pengundi di Bagan Pinang seWAJIBnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana bertanding di PRK Bagan Pinang. Kerana berlakunya pertandingan di Bagan Pinang, maka rezeki mencurah masuk ke setiap warga disana. Tanpa kehadiran PAS, nescaya tiada hujan duit, projek dan janji pembangunan. Warga kedai kopi tepi masjid mengharapkan kerajaan akan melaksanakan janji-janji mereka agar pengundi yang memberi amanah kepada mereka merasai nikmatnya. Jangan hanya pandai berjanji sepertimana pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Antara yang dijanjikan ialah :


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.

sumber: pelbagai

akira

6 ulasan:

  1. Jangan dahulukan Tuhan
    Allah dah tulis rezeki diaorang

    BalasPadam
  2. Kalau ikut table dan urutan tarikh tu...aku yakin 1000 peratus BN UMNGOK memang boleh buat KALAU DIA NAK BUAT....soalan nya MENGAPA sebelum wakil rakyat tu MATI...BN UMNGOK tak Isytiharkan lebih dulu...TAPI biasanya telah TERBUKTI dalam rancangan Sejarah Hari Ini....projek2 itu adalah Satu Lagi Projek Terbengkalai Kerajaan Barisan Nasional...tak caya...tungggguuuuu

    BalasPadam
  3. percaya ke lanun-lanun ni semua???
    daripada bagi kat rakyat lebih baik diorang sapu dulu!!!!

    BalasPadam
  4. Apa la susah sangat dalam masa dua tahun ni jika janji tak ditunaikankan pengundi2 Bagan Pinang saman la BN ( UMNO ) baru tak kena tipu

    BalasPadam
  5. tak payah terima kasihlah kat PAS ni...kalau dia dapat pun tak ada langsung pembangunan. Daripada sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP.

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP


    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas bermakna sokong DAP...Sokong Pas boleh jadi kapir...Sokong Pas Bermakna undi DAP

    Ini bukannya ketuanan Rakyat tapi ketuanan Gila Kuasa Nik Najis dan Gila nak jadi PM Anuar Berahi.

    BalasPadam
  6. kahkahkahhh...

    anon 14:21

    hang blajaq kat ulamak mana kata sokong pas boleh jadi kapir/sokong dap....

    sejak bila yang yang orang2 umNgok ni ambik tau pasai agama... bagi aku hangpa yang dok sokong umNgok tu yang kapir.... dah terang2 tolak islam.... kalau ada lagi ulamak2 umno, semuanya ulamak haprak.... mangaji takat alif ba ta saja...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu