Pilihan anda di PRU13

Selasa, 31 Mac 2009

Pemecah Berita - Makhluk Asing Kini Menuju Ke Bukit Gantang

LONDON - Imej sembilan buah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang membentuk satu formasi di angkasa dirakam secara tidak sengaja oleh perkhidmatan baru Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang gadis, Faye Sharpe, 18, menemui imej tersebut ketika dia menggunakan perkhidmatan tersebut untuk meninjau kawasan kediaman di Wolverley Street, Bethnal Green, timur London.

"Saya sangka ia adalah kapal terbang tetapi kedudukan objek itu adalah terlalu dekat antara satu dengan lain. Mungkin ia adalah UFO," ujarnya.

Seorang pengkaji UFO, Nick Pope berkata, dia berasa teruja dengan imej gambar yang dirakamkan itu dan menganggapnya sebagai mempesonakan. - Agensi

NAK MENSENSASIKAN LAGI BERITA!!!!

UFO tersebut berkemungkinan sedang menuju ke sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia kerana diberitakan terdapat spesis2 baru di negara tersebut. Antara spesis2 baru tersebut adalah beberapa ekor katak yang berwajah manusia di sekitar Perak, spesis buaya berlidah bercabang di sekitar Kelantan dan beberapa lagi spesis yang sedang dalam proses dikenalpasti.
UFO tersebut juga dikhabarkan teruja untuk melihat sebuah kerajaan HARAM yang terdapat di Malaysia.

2 ulasan:

  1. Salam...

    Ana telah entri gambar Palestin ini. Minta izin tampal kat blog ana, http://chivalry-tranquility.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam.
    no problem.
    nak ambik apa pun tak pa.
    yang baik sebar2kan.
    yang tak baik tolong la tegur.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu