Pilihan anda di PRU13

Selasa, 5 Mei 2009

JAMIL KHIR @ 1 MALAYSIA,

Panduan sebar 1Malaysia 'elak polemik parah'

Bagi mengelakkan wawasan perdana menteri 1Malaysia menjadi "polemik lebih parah", Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan sediakan panduan mengenai konsep itu ketika berucap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus agar ucapan mereka dapat difahami rakyat, lapor Bernama.

Tambahnya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

"Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak-pihak
berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci agar ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara," Jamil Khir dipetik berkata selepas perasmian sidang meja bulat mengenai 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Garis panduan itu - yang akan dirangka berdasarkan resolusi persidangan tersebut - akan diedarkan dalam buku kecil ke seluruh negara, katanya lagi.

"Kita mahu konsep, falsafah dan hala tuju gagasan 1Malaysia yang
diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dapat diselami dan difahami secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, penasihat agama perdana menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, bekas penasihat Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Muhammad Uthman Al-Muhammady..malaysiakini.

LAWAK BODOH ALAF BARU,

INI JAKIM PUNYA KEJA KA ATAU KEMENTERIAN PENERANGAN,

KONPIUSSS, KONPIUSSSS.....

PATUT LA ORANG KATA USTAZ2 DALAM UMNO TAK BLEH PAKAI.

AKU KATA NI, GERENTI MELAYU_ISLAM MARAH...

ORANG2 UMNO NI, KITA TAK BLEH JENTIK USTAZ2 LEPA,

CEPAT MELENTING.

3 ulasan:

  1. Ulama-ulama hadith memang terkenal dengan usaha-usaha agung mereka dalam memelihara hadith-hadith Rasulullah SAW daripada dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Di antara usaha-usaha murni mereka ialah memgenal pasti hadith-hadith palsu serta mengadakan kaedah-kaedah am atau garis panduan untuk mengenali hadith-hadith tersebut.

    Menurut Syeikh Umar bin Hasan Uthman Fallatah dalam tesis Phd beliau yang bertajuk الوضع في الحديث , sebahagian kaedah-kaedah tersebut ada yang bersifat umum berkenaan sifat-sifat kepalsuan hadith dan ada yang lebih bersifat terperinci. Ini semua hasil daripada penelitian yang berterusan dan istiqra’ yang menyeluruh terhadap sanad-sanad hadith berserta matan-matanya yang akhirnya membolehkan untuk mereka merumuskan perkara tersebut.

    Antara kaedah-kaedah atau tanda-tanda khusus tersebut adalah:

    1. Setiap hadith yang menyebutkan (pada teksnya) iman itu bertambah atau berkurang, atau sebaliknya tidak bertambah dan tidak berkurang, maka matan-matan sedemikian adalah palsu atau maudhu’

    2. Setiap hadith yang menyebutkan bahawa al-Quran itu makhluk, atau bukan makhluk, begitu juga mana-mana hadith yang menyatakan ancaman terhadap orang yang berkata sedemikian ( makhluk atau tidaknya al-Quran) kesemuanya adalah palsu.

    3. Kesemua hadith yang mengisbatkan disyariatkan untuk mengelap anggota wudhu selepas berwudhu juga tidak ada yang sahih.

    4. Hadith yang menetapkan tempoh minimum bagi haidh begitu juga tempoh maksimum.

    5. Setiap hadith yang menyebut; barangsiapa berbuat amalan tertentu mendapat pahala seorang Nabi atau lebih. Maka kesemuanya adalah palsu.

    6. Mana-mana hadith yang menyatakan adanya solat-solat sunat pada malam-malam tertentu atau pada siangnya, seperti solat malam Ahad atau Isnin atau pada setiap hari daripada seminggu. Tidak ada satu pun yang sahih dari Nabi.

    7. Hadith solat Ragha’ib الرغائب (solat sunat pada malam pertama bulan Rajab)

    8. Hadith solat khas malam Nisfu Sya’ban.

    9. Hadith solat sunat hari Asyura’ عاشوراء begitu juga galakan untuk melakukan perkara-perkara lain seperti bercelak, berhias, mengadakan kenduri. Kesemuanya tidak thabit dari Nabi melainkan hadith-hadith berkenaan puasa pada siangnya.

    10. Hadith-hadith berkenaan puasa pada bulan Rajab dan solat pada sebahagian malamnya.

    11. Hadith-hadith yang melarang atau tidak menggalakan pernikahan sebaliknya menggalakan hidup berseorangan العزوبة.

    12. Hadith-hadith yang menggalakan untuk menyimpan perempuan, dengan anggapan bahawa perempuan sedemikian memiliki rahim-rahim yang diberkati.

    13. Hadith-hadith yang mencela zuriat dan galakan untuk tidak beranak yang kononnya Allah tidak lagi berhajat kepada mana-mana anak yang dilahirkan selepas seratus tahun dari kewafatan nabi.

    14. Hadith-hadith yang menyebutkan akan Khidr dan pertemuanya dengan Rasulullah, Ilyas dan Jibril pada setiap tahun di Arafah.

    15. Hadith yang mengisbatkan bahawa nabi menta’yinkan (menyatakan dengan menyebut nama seseorang) sebagai khalifah selepasnya.

    16. Mana-mana hadith yang ada disebutkan lafaz Ya Humaira’ يا حميراء atau al-Humaira’ الحميراء

    17. Hadith-hadith manaqib Muawiyah معاوية atau keburukanya secara langsung atau yang mencela Amru ibnu ‘Ash.عمرو بن العاص

    18. Hadith-hadith yang mencela Abu Musa al-‘Asyari أبو موسى الأشعري .

    19. Hadith-hadith yang mencela Marwan bin al-Hakam atau al-Walid bin Abdul Malik.

    20. Hadith-hadith yang menaskan khilafah untuk anak al-‘Abbas atau yang mengharamkan mereka daripada neraka, juga yang memuji ahli Khurasan yang keluar bersama Abdullah bin Ali bin al-Abbas atau mana khulafa Bani Abbas atau yang memuji al-Mansur, al-Saffah atau al-Rasyid.

    21. Hadith-hadith yang menyebutkan manaqib مناقب (kebaikan) imam-imam mazhab yang empat dengan nama-nama mereka begitu juga yang mencelanya.

    22. Setiap hadith yang memuji Baghdad (بغداد) Basrah (بصرة) Kufah(الكوفة) Marwu (مرو) Asqalan (عسقلان) Iskandariah (الاسكندارية) Antakiah (الأنطاقية) atau mencelanya. Begitu juga yang menyebutkan pada permulaanya ‘bandar ini Bandar syurga atau bandar itu Bandar neraka.

    23. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan al-Khalil الخليل (Palestin) begitu juga as-Sakhrah (الصخرة) .

    24. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan setiap surah al-Quran satu persatu,

    25. Hadith-hadith yang mencela Habasyah, Sudan, Turki, Mamalik, dan Khasiyan.

    26. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan ayam jantan dan galakan untuk membelanya, tidak ada hadith yang thabit berkenaan tersebut melainkan dua hadith, Pertama: “janganlah kamu mencela ayam jantan kerana ia mengejutkan kamu untuk solah” (H.R Abu Dawud dalam bab hadith-hadith berkenaan ayam jantan dan binatang-binatang ternak). Kedua: “Apabila kamu mendengar kokokan ayam maka mintalah kepada Allah akan kelebihan-kelebihanya kerana ia telah melihat malaikat…” (H.R Ahmad dan lain-lain). Kedua-duanya adalah sahih. Begitu juga hadith-hadith berkenaan membela merpati dan ayam betina.

    27. Hadith-hadith yang memuji kacang Dal, beras, Baqilla’ الباقلاء ( sejenis tumbuhan rumpai) terung, delima, kismis, tembikai, Kurrath الكراث dan Hindia’ الهندباء ( kedua-duanya sejenis tumbuhan), lobak, dan keju.

    28. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan beberapa jenis bunga seperti Nirjisiah, Ward (ros), al-Ban, dan Marzinjusy.

    29. Hadith-hadith yang memuji inai dan kelebihannya, melainkan hadith riwayat Abu Daud: sebaik-baik yang kamu gunakan untuk mengubah putih uban ialah Hinna’ الحناء dan Katam الكتم( jenis dedaun seperti inai)

    30. Hadith-hadith yang menyebut rupa paras yang cantik dan memujinya dan menggalakan memandang kearahnya serta meminta bantuan darinya, begitu juga yang menyatakan bahawa neraka tidak akan menyentuhnya.

    31. Hadith-hadith yang melarang tabarrum تبرم (menyebut secara marah dan putus asa) tatkala menunaikan hajat manusia.

    32. Kesemua hadith yang melarang dari mencela Baraghithالبراغيث ( sejenis binatang kecil seperti pepijat)

    33. Hadith yang menyatakan sesiapa yang diberikan sesuatu hadiah maka orang yang ada bersamanya sama-sama ada hak terhadap hadiah tersebut.

    34. Hadith yang menggalakan untuk memakai cincin daripada batu Aqiq.

    35. Hadith-hadith yang menyatakan keharusan atau pengharaman bermain catur.

    36. Hadith-hadith yang menyebutkan jenis-jenis wali seperti yang masyhur dalam dunia kesufian seperti al-Abdal الأبدال, al-Aqthab الأقطاب, al-aghwat الأغواث, al-Nuqaba’النقباء, al-Nujabaالنجباء, dan al-Awtadالأوتاد

    37. Hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan aqal.

    38. Hadith-hadith yang menyebutkan طنين الأذنان bunyi-bunyian dengungan telinga.

    39. Setiap hadith yang menyebut tarikh-tarikh tertentu di masa akan datang atau yang menyebutkan pada tahun sekian berlakunya sekian atau yang seumpama denganya.

    Inilah di antara ciri-ciri khusus terhadap hadith palsu. Maka apabila terdapat mana-mana hadith yang mengandungi lafaz lafaz sebagaimana yang disebutkan maka dikhuatiri ianya adalah hadith yang palsu. Tidak dinafikan ada di antara perkara-perkara yang disebutkan itu benar dari sudut fakta dan hakikatnya tetapi yang menjadi kesalahannya disini ialah menyandarkanya kepada Rasulullah S.A.W, beliau sendiri telah memberi amaran keras berkenaan ini dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya

    إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

    “Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.” ( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)

    BalasPadam
  2. Ketika para ulama, mufti, dan pihak berkuasa agama negara ini sedang berjihad melawan keputusan kerajaan yang dilihat mencemarkan agama Islam yang seklaigus menceroboh Perlembagaan Persekutuan, kita amat terkejut dengan satu kenyataan seorang pensyarah di sebuah Universiti terkemuka negara, Prof Madya Dr. Ibrahim bin Abu Bakar, profesor madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyokong keputusan kerajaan berhubung isu agama anak mualaf yang dikekalkan dengan agama semasa perkahwinan ibu bapanya jika salah seorang mereka memeluk Islam.

    Tindakan beliau yang mengeluarkan kenyataan yang sangat ‘syaz’ (ganjil) ini amat mengecewakan kerana akan membuka ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memijak kesucian Islam di negara ini. Selain itu, pandangan beliau itu juga amat bertentangan dengan realiti kebenaran dan merendahkan kedudukan ilmiah beliau sendiri.

    Pada pandangan beliau Islam tidak memaksa anak untuk memilih agama berdalilkan dua dalil yang pertama firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 256:

    لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

    Maksudnya: “tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

    Dalil beliau yang kedua adalah sabda Nabi s.a.w:

    ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه كما تنتج البهيمة بهيمة جمعاء هل تحسون فيها من جدعاء

    Maksudnya: “Tidak ada bayi yang dilahirkan kecuali ia dilahirkan dalam keadaan fitrah lalu ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani (Kristian) atau Majusia seperti mana seekor haiwan ternakan melahirkan anaknya yang sempurna sifat, adakah kamu rasa akan ada yang akan mejadi cacat dengan sendirinya?!” [al-Bukhari & Muslim].

    Menurut beliau, dalil yang pertama menunjukkan Islam tidak memaksa seseorang untuk memeluk Islam dan dalil yang kedua menunjukkan bahawa agama seseorang anak ditentukan oleh kedua-dua ibu dan bapa bukan bapa atau ibu sahaja.

    Perbincangan Istidlal:

    Namun, perlu kita teliti bahawa dalil yang digunakan ini memang diakui kesahihannya dan tidak diragui lagi tetapi setiap dalil yang qath’i subut (sahih pada kesabitannya) tidak semestinya qath’i pada dilalahnya (petunjuk dalil).

    Ayat ke-256 surah al-Baqarah yang tersebut pada sesetengah ulama adalah mansukh hukumnya (tidak terpakai hukumnya) apabila turunnya perintah jihad tolab (memerangi negara kafir yang enggan membayar jizyah).

    Namun, yang sahihnya ayat ini adalah muhkam (yakni tidak mansukh) namun jika diteliti sebab ayat ini diturunkan adalah berkenaan anak-anak yang telah baligh iaitu apabila terdapat sebahagian kaum Ansar yang ingin memaksa anak-anak mereka yang telah baligh yang menjadi Yahudi untuk memeluk Islam semasa pengusiran Bani Nadhir daripada Madinah.

    Tidak ada khilaf dalam kalangan Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa orang yang telah baligh yang beragama Yahudi atau Nasrani tidak boleh dipaksa memeluk Islam jika dia telah memilih untuk membayar jizyah, adapun yang beragama selain Yahudi dan Nasrani sebahagian ulama berpendapat mereka ini hanya mempunyai dua pilihan sama ada memeluk Islam atau ‘pedang’.

    Maka fakta yang dikemukan Profesor Madya ini bahawa Islam tidak pernah memaksa manusia memeluk Islam sama sekali adalah tidak benar bahkan Islam wajib ditegakkan dengan lisan dan sinan yakni lidah dan senjata.

    Namun, seperti yang telah kita jelaskan dalam artikel-artikel sebelum ini, bukanlah bermakna Islam membenarkan umatnya melakukan pencerobohab sesuka hati terhadap orang kafir, bahkan kafir itu ada yang dinamakan zimmi yang mempunyai hak atas Umat Islam untuk dipenuhi, ada juga kafir Mu’ahid yang mengikat perjanjian damai dengan Umat Islam, dan ada Musta’man yang diberi perlindungan oleh Umat Islam.

    Apa yang dapat disimpulkan bahawa pandangan beliau bahawa ayat ini menjadi dalil kita tidak boleh memaksa seseorang memluk Islam sama sekali adalah batil dan tidak pernah difahami sedemikian rupa oleh mana-mana Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah terdahulu.

    Istidlal beliau dengan dalil yang kedua, jika kita lihat sekali pandang, seolah-olah ada kebenarannya, namun jika kita teliti kembali methode istinbat hukum dan istidlal Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah, setiap dalil wajib difahami sesuai dengan kefahaman al-Salaf al-Soleh daripada para Sahabat r.a, Tabiin, dan Tabi’ Tabiin. Maka kita dapati bahawa tidak ada seorang pun ulama terdahulu dalam kalangan al-Salaf al-Soleh ini yang memahami hadis ini seperti kefahaman beliau.

    Buktinya adalah Ijmak Ulama bahawa apabila bapa memeluk Islam maka anaknya yang belum baligh juga dihukum sebagai Islam. Ulama berbeaza pendapat jika yang memeluk Islam itu adalah ibu tanpa si bapa, Jumhur Ulama tetap berpendapat bahawa anak itu dihukum Islam.

    Bahkan Imam Ibn Battal r.h menyatakan bahawa hadis: “maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi…” menjadi dalil bahawa Islam salah seorang mereka mencukupi untuk mengIslamkan anak yang belum baligh.

    Lihatlah betapa kefahaman Dr. Ibrahim ini amat tidak selari sekali dengan apa yang difahami oleh Ulama terdahulu yang diiktiraf. Bahkan Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h menolak anggapan bahawa hadis ini menunjukkan Islam salah seorang ibu bapa tidak mengubah agama anak.

    Perlu kita ingatkan bahawa Ijmak ulama dalam setiap zaman adalah hujjah dan dalil qath’i yang perlu diterima berdasarkan firman Allah Taala:

    وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا

    Maksudnya: “dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” [al-Nisaa’: 115]

    Ayat ini telah dijadikan para ulama usul sebagai dalil bahawa Ijmak Mujtahidin (Kesepakatan fatwa antara ulama mujtahid) adalah hujah yang wajib diikut.

    Rumusan:

    Hasil daripada penelitian di atas dapatlah kita rumuskan bahawa pandangan Dr.Ibarahim tertolak berdasarkan pendapat tersebut menyalahi ijmak Ulama dan kefahaman yang beliau interpertasikan terhadap ayat dan hadis di atas tidak selari dengan apa yang difahami para Ulama terdahulu. Wallahua’lam.

    Oleh itu, saya menyeru kepada beliau untuk menarik balik kenyataan beliau yang amat mengelirukan Umat Islam negara ini dan sekaligus membuka pintu-pintu keburukan terhadap kedudukan Islam di negara ini.

    Rujukan:

    1- Tafsir al-Tabari

    2- Fathul Bari Syarhu Sahih al-Bukhari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani

    3- Syarah Ibn Battal ‘ala Sahih al-Bukhari, Imam Ibn Battal

    4- Al-Istizkar, Imam Ibn Abdil Barr

    5- Majmuk Fatawa Syeikhul Islam Ibn Taimiah, Abdul Rahman bin Muhammad bin QasiM

    6- Artikel Dr. Ibrahim: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090502215339/Article/

    BalasPadam
  3. Tugas Baru Jakim,perjelas konsep 'Satu Malaysia sudah Tahu". Ini kerja Rais Yatim. Awatlah jamil khir campur tangan. Ustazzz...jangan nanti Rais Yatim tak tegur ustaz sebab Satu Malaysia akan tahu.Ustaz perkemas lah undang2 Syariah supaya Islam Syumul tertegak di bumi Malaysia ini.Ingat Ustaz, ustaz tu DS Najib yang lantik, bukan Rakyat. Jadi janganlah tunjuk terima kasih sangat sampai nak bodek lebih2 lak.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu