Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 2 Mei 2009

PENANTI - Hapuskan musuh dalam selimut

Apabila berlaku pilihanraya tak kira kecil atau besar, maka akan terbongkarlah kejelikan parti2 yang bakal bertanding. Ada saja perkara negatif yang akan timbul, samada berkaitan parti atau individu di dalam parti tersebut. Perkara2 begini akan timbul apabila sesebuah parti itu dengan segala daya dan upaya cuba meraih undi walaupun menggunakan cara yang terkutuk.

Di dalam pada itu ada juga ahli di dalam sesebuah parti yang menjadi musuh di dalam selimut yang cuba memporak-porandakan lagi parti. Musuh2 sebegini dilihat lebih teruk dan hina daripada parti lawan. Parti2 PR diharap agar lebih berhati-hati dengan musuh sebegini. Musuh2 ini lebih merbahaya berbanding BN. Musuh2 sebeginilah yang bakal menjatuhkan PR.

Untuk pilihanraya kecil dun Penanti ini sendiri kita sudah dapat mendengar suara2 sumbang daripada ahli2 di dalam PR. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku. Ahli2 di dalam PR perlu bermuafakat. Perlu ada tolak ansur. Jangan pentingkan diri, harus diingat, sesebuah parti ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan mereka akan dinilai oleh rakyat. Sekiranya ahli2 di dalam PR yang bakal bergelar pemimpin kelak, mereka harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, dan kalau perkara ini tidak dapat dilakukan, maka eloklah undur dari sekarang. Jangan berkokok menjaja keburukan PR di kemudian hari. Pemimpin2 atasan PR juga wajib memantau ahli2 bawahan agar tidak terlebih sudu dari kuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu