Pilihan anda di PRU13
Rabu, 23 September 2009
1 Malaysia : Adakah suara Mahathir masih laku?
Mampukah Mahathir pengaruhi keputusan Umno di Bagan Pinang?
Tekanan daripada pucuk pimpinan Umno nasional supaya parti itu meletakkan calon selain daripada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memuncak apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menggesa Barisan Nasional supaya tidak mencalonkan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu demi menjaga imej.
Sebelum Mahathir seorang lagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga telah turut sama membuat kenyataan yang serupa dengan mengatakan kemenangan harus diperolehi dengan maruah dan mengembalikan keyakinan rakyat. Pendirian Mahathir ini dan ramai lagi pimpinan Umno lain sudah tentu berbeza dengan keadaan sebenar di akar umbi.
Di sekitar bandar Port Dickson yang turut menempatkan kawasan pilihan raya Dun Bagan Pinang, kain-kain rentang dengan gambar Isa dan ucapan Selamat Hari Raya sudah mula digantung sejak sebelum berakhir Ramadhan lagi.
Mesej daripada penyebaran poster ini jelas: Isa mesti dicalonkan di Bagan Pinang supaya beliau dapat kembali ke Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan selepas lima tahun.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu merupakan Adun Linggi sehingga tahun 2004 apabila beliau dipindahkan ke Parlimen Jempol dan kemudian menjawat jawatan menteri Wilayah Persekutan.
Beliau kehilangan jawatan kabinet itu pada pertengahan 2005 selepas digantung keahlian Umno kerana terbabit dalam politik wang semasa pemilihan parti pada September 2004.
Bermula dengan hasrat Umno Bahagian Teluk Kemang yang hanya mahu mencadangkan nama Isa sebagai calon tunggal, konflik timbul apabila timbalan presiden Parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta lebih daripada satu nama supaya penilaian yang lebih objektif dapat dibuat.
Bagi penyokong Isa, mereka tidak berdiam diri dan membiarkan serangan peribadi daripada pimpinan Umno peringkat nasional terus tersebar.
Di laman-laman blog pro-Umno kisah sebalik tabir penggantungan Isa diceritakan semula dengan tujuan mendedahkan bahawa tindakan disiplin parti itu merupakan sebahagian daripada konspirasi pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak senang dengan pengaruh kuat Isa di akar umbi Umno.
�Pada pandangan penulis, Isa sudah teraniaya terlalu lama dan kini masa yang sesuai untuk mendedahkan kebenaran. Tatkala nama Isa kembali menjadi sebutan ramai, pendedahan ini tepat masanya,� kata satu tulisan dalam blog Another Brick In the Wall yang menerbitkan siri pendedahan bagaimana bekas naib presiden Umno itu digantung keahliannya.
Oleh itu kritikan terbaru Mahathir ini yang berbeza dengan pandangan umum akar umbi Umno sudah tentu agak mengejutkan.
Namun ini bukanlah kali pertama bekas perdana menteri itu mengkritik calon pilihan Barisan Nasional.
Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu awal tahun ini Mahathir menyelar pencalonan Datuk Wan Ahmad Farid Salleh yang juga ketua Bahagian Umno di situ.
Ketika itu Mahathir bimbang bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu akan menjadi proksi Abdullah dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. _
Ramlan Joharee
sumber : harakahdaily
akira
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ARTIKEL YANG TERDAHULU
Artikel Terdahulu
-
▼
2009
(755)
-
▼
September
(67)
- PRK BAGAN PINANG : Tun, I'm sorrrryyyy........
- PRK BAGAN PINANG : Projek Tandas Misteri
- Hasan Ali : Teng Kritik, Dr Asri Sokong
- Apa Selepas Ramadhan?
- 1 Malaysia : Boleh mampuih la dengan 1 Malaysia!!!
- PAKATAN RAKYAT : Tuan Presiden
- PKFZ : LPK saman RM920juta
- 1 Malaysia : Sultan mahu rakyat sokong BN
- 1 Malaysia : Besar kemungkinan Umno akan jatuh pad...
- PAKATAN RAKYAT :Gila Perubahan atau Gila Kuasa
- 1 Malaysia : Adakah suara Mahathir masih laku?
- 1 Malaysia : Ada yang tidur tak lena
- PAKATAN RAKYAT : Bersiap sedia untuk diajar pada P...
- PAKATAN RAKYAT : Hasan Ali jahil amalan berparlimen
- 1 Malaysia : Terengganu makin runcing
- Sembang-sembang : 20092009
- Salam Eidul Fitri.. Aloq Setaq melambai, poketku t...
- 1 Malaysia : Bila Ustazah dan Hajjah berbicara ten...
- Majlis Rumah Terbuka. Semua dijemput hadir
- 1 Malaysia : Sindir Anak Godam Menantu
- 1 Malaysia : Saiful Bukhari INSAF!!!!
- Kepala lembu berdarah : Respon buat YB Kulim
- 1 Malaysia : Bila Samseng Melayu Berucap
- 1 Malaysia : BANG! BANG! BANG! Toyo dah kecut perut.
- 1 Malaysia : Kempen Derma Selipar.
- Hampir membakar diri kerana rumah
- ISA : Terima kasih diatas penderitaan
- 1 Malaysia : Ini saguhati atau rasuah?
- 1 Malaysia : Toyo vs SPeRMa
- Gadis Hilang : Syera Kembali, Kerinduan terubat.
- Ramadhan : Rasa hati di akhir Ramadhan
- 1 Malaysia : Khir Toyo selamat
- PRK BAGAN PINANG : SPR *#$%%#&%&$^%AAUWWWKK##%$
- PRK BAGAN PINANG : Rais yakin BN menang.
- Gadis Hilang : Pulanglah, Ibu menanti di hari lebaran
- 1 Malaysia : Cina boleh terima undang-undang Islam...
- PRK BAGAN PINANG : PAS mesyuarat esok
- 1 Malaysia : Sungai Dua pun nak raya juga??
- analisis : terengganu darul..........................
- 1 Malaysia : UMNO juga parti islam - Najib
- Rela ditolak kerana Islam.
- Lebihkan Ramadhan berbanding Hari Raya
- Kau makan umpan...... aku bubar DUN : MB Kedah
- Mahkamah tiada kuasa dalam urusan DUN
- 1 Malaysia : 5 buat laporan polis
- Rasul MELAYU melawat kedaikopitepimasjid!
- Kepala lembu berdarah : 12 ekor akan didakwa
- Mahfuz, Dr Hatta, kini Mustafa Ali!!!
- Isnin umum tarikh pilihanraya Bagan Pinang
- 1 Malaysia : Najib lawan Pakatan
- Itu hari bawa kepala lembu, kali ni bawa beruk pul...
- POLITIK BUNDLE PULAK??
- 1 Malaysia : umno selangor , TV3 syok sendiri
- Ceramah Badar Al-Qubra 10/9/09
- Takziah!! Pilihanraya lagi
- 1 Malaysia : KD Altantuya membuka tirai sejarah
- 1 Malaysia :TAHNIAH TSMH
- Kita ditindas, mereka lebih lagi.
- Krisis Perak : Wawancara bersama Ir.Nizar (Video)
- Krisis Perak : Lagi sejarah dicatat.
- Musa ada kaitan dengan kongsi gelap?
- Kota Seputeh : Tindakan susulan akan diambil
- Katak Oh Katak : Kasihan mereka
- Kota Seputeh kekal milik BN.
- Perarakan kepala lembu : PDRM or PRDM?
- 1 Malaysia : Sejarah MERDEKA ciptaan umno
- 1 Malaysia : Jangan lantik semula Musa Hassan
-
▼
September
(67)
najib kan orang mahathir..
BalasPadam