Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 26 September 2009

1 Malaysia : Boleh mampuih la dengan 1 Malaysia!!!

KISAH HARI INI

RENIEW ROADTAX

PERBEZAAN KOS TAHUN LEPAS DAN TAHUN INI

JENIS KENDERAAN : VAN NISSAN VANETTE(1991)

2008-2009(3RD PARTY)


ROAD TAX            RM120
INSURAN              RM137
JUMLAH                RM257

2009-2010(1ST PARTY)


ROAD TAX            RM120
INSURAN              RM354
PA INSURAN        RM86
JUMLAH               RM560

Apa beza 1st party ngan 3rd party. Untuk pengetahuan umum, tiada beza!!!! Kenderaan lama yang masih beroperasi di atas jalan raya malaysia tidak akan diendahkan oleh mana-mana bengkel-bengkel kereta (wakil pihak insuran) untuk dibaiki sekiranya berlaku kemalangan. Anda tak percaya, carilah mana-mana bengkel wakil insuran yang mahu membaiki kenderaan lama anda. Seribu satu alasan akan diberikan oleh bengkel tersebut.

Untuk memperbaharui road tax, pengguna kenderaan lama akan memilih insuran 3rd party kerana lebih murah dan sememangnya perlu memperbaharui insuran walaupun ia tidak bermakna sekiranya berlaku kemalangan. Pada tahun ini, insuran 3rd party dilupuskan untuk kenderaan lama, maknanya pengguna tiada pilihan selain terpaksa membayar insuran 1st party yang lebih mahal sekali ganda. Sedangkan insuran yang terpaksa diambil tidak mempunyai fungsi dan merugikan pelanggan.


CUBA BAYANGKAN.

Ada dikalangan saudara-saudara anda yang mempunyai anak yang ramai. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak dan keluarga adalah melalui perniagaan sayur-sayuran secara kecil-kecilan menggunakan sebuah van. Pada penghujung bulan Disember, road tax dan insuran van tersebut tamat tempoh dan perlu diperbaharui. Dalam masa yang sama perbelanjaan untuk persekolahan anak perlu dikeluarkan memandangkan pembukaan sesi persekolah bakal bermula. Cuba bayangkan kos yang perlu dikeluarkan oleh keluarga tersebut, kos persekolahan dan tambahan kos insuran kenderaan yang tidak munasabah akan membebankan mereka. Sekiranya anda bekerja dengan gaji melebihi RM2000, mungkin ini perkara kecil dalam hidup anda. Tapi sekiranya anda penduduk kampung yang pendapatannya tak menentu bagaimana?... Inilah yang dikatakan rakyat didaHULUkan.. 


Boleh mampoih la dengan 1 Malaysia!!!


akira

6 ulasan:

  1. Salam..

    Bro.. minta izin copy gambar dacing senget ni ya...

    BalasPadam
  2. inilah dia wang malaysia..

    RAKYAT DIHULUKAN MENCAPAI DUIT DIUTAMAKAN...

    BalasPadam
  3. 1 malaysia patut protes ... gua sekarang takmahu bayar .. sedia RM20 untuk kopi .Minyak disingapura turun harga .. minyak dimalaysia naik harga .. Petronas lagi mau sponser F1 ..simpanan emas rezab negara hilang 30 ton
    entah kemana .. bas RM600,000 , engine F1 kah ?

    BalasPadam
  4. Errr...bukan ke kalu 3rd party, xleh claim insurans kalu kes kecurian....dan 1st party leh claim insurans kalu kes kecurian...???
    Sbb tu 1st party mahal...

    ~mokhtar~

    BalasPadam
  5. 3rd party memang semua sudah maklum hanya untuk hidupkan road tax nak claim memang tak akan dapat apa2 semua orang sudah tahu hal ini. Tapi 1st party sama juga saya dah merasai hal ini pada tahun 2006 kereta saya dilanggar dan insuran ganti yang asas yang lain saya masih perlu memperbaiki sendiri guna duit poket mana ada untung nya. Kereta sudah 13 tahun nak buat apa guna 1st party guna 3rd party cukuplah.Memang dasar kerajaan BN menyusahkan hidup rakyat.

    BalasPadam
  6. salam mokhtar.

    skang punya 1st party untuk keta lama hanya untuk hidupkan roadtax. kalau hilang sama saja.... takkan dapat ganti.... lainlah keta baru.

    penarikkereta

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu