Pilihan anda di PRU13

Selasa, 16 Jun 2009

1 MALAYSIA@najibMongolia - Polis ugut peguam.

Polis digesa henti panggil peguam

Majlis Peguam memandang berat tindakan polis yang didakwanya terus bertindak menggangu dan menakut-nakutkan peguam dengan memanggil mereka untuk memberi kenyataan berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas profesional mereka.

Terbaru, katanya, peguam Chan Kok Keong telah diberi notis mengikut Seksyen 111 yang tidak menyebut perkara yang akan disoal kepadanya.

Dalam pertemuan tersebut, beliau ditanya mengenai satu afidavit yang disahkan oleh pelanggannya, bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar, dalam kes saman di mana Chan mewakilinya.

Peguam-peguam yang mewakili Chan dalam kes tersebut juga dimaklumkan bahawa mereka akan diminta memberi kenyataan jika mereka ingin menemani Chan dalam pertemuan tersebut.bar council planning law forum 140607 ragunath kesavan

Dalam kenyataannya, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, tindakan itu memperolok-olokkan prinsiap asas kerahsian antara peguam dan pelanggan yang harus mereka patuhi.

Tindakan itu, katanya, menunjukkan bahawa tidak wujud rasa hormat kepada sistem kehakiman jenayah, di mana privilej peguam-pelanggan menjadi asasnya.

Gangguan seumpama itu, tegasnya, mesti dihentikan jika mahu dipertahankan prinsip kehakiman dan untuk menegakkan undang-undang.

Ragunath berkata, ia diiktiraf di peringkat antarabangsa bahawa peguam menjalan tugas penting apabila mereka mewakili pelanggan mereka dalam menegakkan keadilan.

Oleh itu, tegasnya, mereka mesti dibenarkan menjalan tugas mereka secara bebas.

Majlis Peguam, katanya, menggesa pihak polis supaya memberhentikan segera tindakan tidak wajar memanggil peguam yang mewakili pelanggan mereka, untuk memberi kenyataan.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya menghormati undang-undang, yang termasuk hak mendapatkan khidmat guaman tanpa sebarang gangguan dan ugutan terhadap peguam yang menjalankan tugas mereka sebagai pegawai mahkamah.


Satu Malaysia, Polis Didahulukan, Pretasi Diutamakan

Ini jelas mempamerkan penyalahgunaan kuasa.

Hak dan undang2 yang melindungi peguam pun tidak diperdulikan lagi.

Berbekalkan uniform biru, dan beberapa ketul paku, mereka-mereka ini terus menindas dan menafikan hak warga negara ini.

Jadi apa yang kita nak heran, peguam pun mereka boleh ugut, apatah lagi kita rakyat bawahan.

sumber : malaysiakini.
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Ketuanan Melayu & Ketuanan Yahudi

Sejak kecil aku mendengar ungkapan “Ketuanan Melayu” ini. Dari mula belajar membaca sehinggalah hari ini “Ketuanan Melayu” tidak habis-habis di”dendang”kan.

Dulu masa sekolah menengah terpengaruh juga dengan dengan propaganda jahat ni. Tertanam juga kebencian kepada bangsa lain walaupun tak tahu apa sebab.

Lama kelamaan kebencian yang tak bersebab itu hilang kerana aku mempunyai kawan-kawan rapat dari bangsa Cina dan India.

Waktu Tahun Baru Cina aku dijemput untuk bertandang kerumah temanku yang berbangsa Cina manakala apabila Deepavali tiba, tidak ketinggalan untuk kejemput kerumah kawan-kawan India.

Sejarah adalah subjek yang paling aku minati walaupun ramai kawan-kawan yang merasakan subjek Sejarah itu membosankan kerana perlu menghafal banyak fakta, kejadian dan tarikh. Tapi itu tidak menjadi masalah padaku oleh kerana minat yang mendalam.

Apabila belajar Sejarah Malaysia, kita tidak dapat lari dari senjarah penjajahan di tanah ini.

Kita turut diajar bagaimana Strategi British untuk menjajah tanah ini dengan begitu lama. “Politik Pecah dan Perintah” adalah senjata British yang paling kuat untuk terus merompak hasil kekayaan negara kita.

Apabila kita bandingkan apa yang dilakukan oleh British dan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional, kita tidak akan nampak bezanya.

Kedua-duanya menggunakan taktik memecah belahkan rakyat mengikut bangsa dan agama untuk terus berkuasa. Sebab itulah Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan dapat memerintah Malaysia sehingga hari ini.

Lihatlah apa yang berlaku di negara kita selepas pilihanraya 8 Mac 2008. Slogan “Ketuanan Melayu” kembali didendangkan. Kata mereka (baca: Umn0) Melayu telah kehilangan kuasa.

Propaganda demi propaganda didendangkan kepada rakyat terutamanya bagi orang-orang Melayu di kawasan pendalaman bahawa kononnya Melayu telah hilang kuasa.

Tang mana Melayu hilang kuasa?

Aku nampak ramai Ahli-ahli parlimen Melayu tidak kira dari Barisan mahupun Pakatan. Aku lihat menteri-menteri dan menteri-menteri besar masih lagi majoritinya Melayu. Jadi apa masalahnya?

Masalah sebenarnya ialah kuasa yang ada pada Umno semakin kurang. Apabila kurang kuasa maka kuranglah harta dan kekayaan negara yang dapat dipunggah. Itulah yang sebenarnya mereka marah sangat.

Jadi orang-orang Melayu tak payahlah layan propaganda-propaganda ketuanan Melayu ni.

Cuba baca analisa Dr. Azly Rahman disini. Dia ni seorang anak Melayu yang geli-geleman dengan slogan “ketuanan Melayu” ni macam akulah jugak. Dahulu tulisan-tulisannya hanyalah dalam Bahasa Inggeris, tetapi kini, Center for Policy Initiatives telah mula menterjemahkan karya-karta Dr. Azly dalam bahasa kebangsaan. Syabas! Ini usaha murni. Biar ilmu-ilmu ini dapat di”demokrasi”kan kepada masyarakat umum.

Kita sering disuruh dan digalakkan menyokong perjuangan Palestin untuk melawan Zionis Israel sedangkan perangai Umno/BN tidak ubah seperti Zionis Israel! Apa yang diperjuangkan oleh Umno tidak ada bezanya dengan apa yang diperjuangkan oleh Zionis Israel. Jika Zionis Israel memperjuangkan “ketuanan Yahudi”, Umno pula memperjuangkan “ketuanan Melayu”.

Tetapi aku bersyukur kerana ramai orang-orang Melayu telah faham dan sedar tentang perkara ini.Ramai yang dah semakin celik.

Yang tinggal menyokong idea “Facist” ini cuma minoriti dari Umno yang majoritinya telah tergolong dalam “warga emas”. Golongan emas yang menyokong idea “ketuanan Melayu” ini tidak lama lagi akan berkurangan dan diharapkan Malaysia akan menjadi lebih aman damai dan idea “ketuanan Melayu” ini dapat di”bakulsampah”kan!

___________________________________________________________

Penulis :Black ataupun nama sebenarnya Amin Iskandar adalah Pengarah Eksekutif bagi sebuah NGO pemantau pilihan raya, National Institute of Electoral Intergrity (NIEI). Selain itu beliau juga turut menjadi kolumnis di akhbar atas talian Malaysiakini.com, penulis bebas bagi beberapa lagi penerbitan - bercetak atau elektronik dan penulis blog. Lagi artikel-artikel menarik boleh layar blognya di http://aminiskandar.wordpress.com


sumber : PerakExpress
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - KERAjaan makin GILA apabila.......



Ada orang kata :

"KERAJAAN MEMANG GILA APABILA"

- najib jadi PM 1Malaysia
- sejarah diputarbelitkan
- wang negara jadi wang kaum kerabat lepa
- agensi kerajaan di salahgunakan
- .............................
- .............................

"KERAJAAN MAKIN BERTAMBAH GILA APABILA"

- rakyat tidak dibenarkan BERHIMPUN
- rakyat tidak dibenarkan MEMAKAI BAJU HITAM
- rakyat tidak dibenarkan MEMASANG LILIN
- rakyat tidak dibenarkan SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI
- rakyat tidak dibenarkan SEBUT NAMA AMINAH a.k.a ALTANTUYA
- rakyat tidak dibenarkan BLA..BLA..BLA... TENTANG KERAJAAN
- rakyat tidak dibenarkan MENGAMBIL LEBIH 10 MATAPELAJARAN DALAM SPM

DAN YANG TERBARU

- 'head band' pun dah tak dibenarkan


akira8047
kedaikopitepimasjid

Isnin, 15 Jun 2009

Ini baru PEJUANG RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen sebentar tadi memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya

akira8047
kedaikopitepimasjid

Ahad, 14 Jun 2009

Ucapan Tahniah kepada DS Ir Nizar


Salam semua,

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan tahniah kepada DS Nizar yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 15 Jun 2009(esok pagi). Kehadiran DS Nizar diharap dapat menambahkan lagi kekuatan ahli2 parlimen PR di Dewan Rakyat. Teruskan perjuangan dalam menegakkan keadilan.

Allahuakhbar!!!

akira8047
kedaikopitepimasjid

ManekUrai - Kelab Penyokong Pas tolak penyokong UG dari berkempen

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.


sumber : malaysiakini
akira8047
kedaikopitepimasjid

ManekUrai - Mee Segera atau Rasuah Pilihanraya?

Timur: 20,000 penduduk miskin DUN Manek Urai nikmati faedah RMK-9

KOTA BHARU: Kira-kira 20,000 penduduk terutama golongan miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sudah mendapat manfaat besar menerusi pelbagai projek dilaksanakan Kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pengarah JPP Kelantan, Datuk Mohd Shukry Salleh, berkata sehingga kini, sebanyak RM13.3 juta daripada keseluruhan RM5.6 bilion peruntukan RMK-9 kepada Kelantan, sudah disalurkan kepada DUN Manek Urai untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan. Katanya, daripada peruntukan untuk Kelantan itu, RM156.6 juta dibelanjakan bagi membina 106 projek di Parlimen Kuala Krai termasuk 23 projek di kawasan DUN Manek Urai.

"Penduduk Manek Urai turut menerima limpahan projek apabila JPP melaksanakan kerja membaik pulih 10 rumah penduduk miskin tegar dengan masing-masing menerima peruntukan RM135,000 bagi memastikan rumah uzur dibaik pulih.

"JPP turut membina sebuah lagi rumah baru kepada seorang penduduk yang dikenal pasti miskin tegar dengan perbelanjaan kira-kira RM33,000

dan kini sudah siap untuk diduduki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, JPP turut mengenal pasti 3,503 keluarga miskin tegar di seluruh negeri ini, termasuk 177 keluarga dari jajahan Kuala Krai yang memerlukan pelbagai bantuan.

"Kita sudah mengenal pasti 59 keluarga miskin tegar di DUN Manek Urai yang akan diberi bantuan termasuk menyalurkan peruntukan bagi

membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.

Selain itu, beliau berkata, JPP merancang melaksanakan tujuh projek bernilai RM255,000 di Manek Urai, antaranya menyelenggara surau Kampung Atas Bukit, Sungai Sok; membina bangunan Tadika Kampung Manek Urai Lama; membina pagar dewan orang ramai dan menaik taraf laluan pejalan kaki di jambatan besi dari Simpang Kampung Pasir ke Stesen Keretapi, Kuala Krai.

"JPP turut membina longkang dan jalan simen di Kampung Manek Urai Lama; membina jalan atas bukit di Kampung Sungai Rek; membina benteng penahan hakisan sungai di Kampung Chuchoh Puteri serta me

mbina jambatan di Kampung Tok Raja Omar," katanya.

Mohd Shukry berkata, peruntukan besar kepada Parlimen Kuala Krai dan DUN Manek Urai itu sudah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan sejak RMK-9 dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Katanya, JPP turut menerima peruntukan daripada Ke

menterian Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan tiga lagi projek utama di DUN itu..beritaharian


Manek Urai jadi ‘anak emas’ BN

SHAH ALAM – Kerajaan Pusat akan menjadikan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ‘anak emas’ atau ‘DUN angkat’ sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini . Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, seluruh pemimpin BN akan berpusat di kawasan Manek Urai bagi memastikan kemenangan sekaligus membawa perubahan kepada rakyat kawasan tersebut. “Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manek Urai jika BN menang di kerusi itu. Malah, kemenangan BN akan bakal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama ‘anak emas’ atau DUN angkat BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Ahmad, beliau yakin pengundi di Manek Urai termasuk penyokong Pas dan pengundi ‘atas pagar’ akan membuat pilihan bijak pada hari pembuangan undi nanti. “Rakyat Manek Urai akan mengambil kira dan menyedari hakikat bahawa segala pembangunan yang ada merupakan jasa dan khidmat budi kerajaan BN menerusi :Lembaga kemajuan Kelantan Sel atan (Kesedar), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain,” katanya.: Dalam pada itu, kaedah komunikasi atau penera-ngan bersemuka seperti dilakukannya akan diteruskan dalam usaha mendekati kehidupan sebenar rakyat di kawasan tersebut selepas pendekatan terbabit mendapat reaksi positif penduduk tempatan. “Rata-rata penduduk kampung mengatakan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan boleh digambarkan melalui program rapat berjumpa rak-yat seperti kita lakukan. “Baru-baru ini saya bersama-sama dengan 120 penduduk Kampung Budi, Manek Urai menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan jalan dan kubur. Malah saya sendiri telah bersama memotong rumput menggunakan mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. “Pada sebelah malam tadi saya sempat menziarahi 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar kawasan peti undi Manjor dan Manek Urai Lama selain meluangkan masa solat berjemaah dan minum di warung di Kampung Karangan,” katanya. Katanya, jika BN menang di Manek Urai tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri yang masih diterajui oleh Pas. Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Ju lai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai.. sinarharian
kedaikopi : Ni projek mee segera atau rasuah pilihanraya?.
Kenapa bila nak ada PRK baru nak turunkan peruntukan, lepas tu siap mintak balasan?.
“Baru-baru ini saya bersama-sama dengan 120 penduduk Kampung Budi, Manek Urai menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan jalan dan kubur. Malah saya sendiri telah bersama memotong rumput menggunaka n mesin hampir sejam sehingga selesai majlis....Ahmad Maslan
ORANG KATA -elok la tolong bersihkan kubur, jangan lupa korek lubang skali, senang nak kuburkan UBN di manek uarai nanti-


akira8047
kedaikopitepimasjid

CheGuevera - Pejuang Rakyat


81 tahun yang lalu pada tarikh hari ini lahir seorang tokoh yang menggemparkan dunia dengan idealismenya anti penjajahannya.

Ernesto Che Guevara lahir di Argentina pada 14 Jun 1928. Walaupun adalah warga Argentina, Che lebih disayangi dan diingati di Cuba kerana beliau telah membantu Revolusi rakyat yang dipimpin oleh Fidel Castro untuk melawan diktator Batista.

Selepas menang Revolusi Cuba, oleh kerana Che adalah seorang yang berpegang kepada ideologi “internasionalisme” telah pergi ke Bolivia untuk membantu perjuangan rakyat disana bagi membebaskan dari cengkaman Imperialisme Amerika Syarikat.

Che di bunuh setelah ditangkap oleh pakatan tentera Bolivia dan CIA Amerika Syarikat ketika sedang bersama-sama rakyat Bolivia yang berjuang melawan kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Hari ini setelah begitu lama Che Guevara meninggalkan dunia nama beliau masih harum dan terus disebut. Beliau masih lagi menjadi “ikon” kepada gerakan-gerakan anti imperialisme dan penjajahan.


sumber : TranungKite
Wikipedia

akira8047
kedaikopitepimasjid

Sabtu, 13 Jun 2009

ManekUrai - UBN mengorak langkah, Pas bila lagi?

KUALA KRAI, 13 Jun (Bernama) -- Umno memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 daripada 12,292 undi bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai sekiranya semua pihak terutama jentera pilihan raya bekerja kuat menarik sokongan termasuk mereka yang berada "atas pagar" mulai esok.

"Kita akan melancarkan gelombang biru bagi menarik sokongan dengan keazaman sanggup bekerja kuat siang dan malam bagi merealisasikan hasrat itu," katanya ketika berucap kepada anggota jentera pilihan raya peti undi Pria di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaacob akibat sakit jantung pada 22 Mei lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Umno perlu bekerja lebih keras untuk memenangi kesemua sembilan peti undi dalam DUN berkenaan.

Katanya Umno bercadang menjadikan Manik Urai sebagai kawasan anak angkat yang akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek pembangunan akan datang jika diberi mandat pada pilihan raya itu.

Beliau berkata ini penting untuk menebus maruah Umno dan BN yang kalah pada beberapa pilihan raya kecil yang lepas termasuk terbaru di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah kecuali di DUN Batang Air, di Sarawak.

Beliau berkata kemenangan itu juga penting sebagai permulaan dan semangat dalam usaha BN memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13 di Kelantan dan sekaligus merampas balik tampuk pemerintahan negeri itu daripada PAS.

Ketika berucap Mustapa berkata calon BN yang bertanding di kawasan itu akan diumumkan beberapa hari sebelum penamaan calon.

-- BERNAMA


Nampaknya UBN mengorak langkah awal dalam menambat hati para pengundi di manek urai. . Sayap-sayap di dalam UBN dikerah dalam memastikan agenda mereka untuk merampas manek urai berjaya kali ini. Agensi-agensi kerajaan yang gaji mereka di bayar oleh rakyat sepatutnya tidak mengambil bahagian di dalam pilihanraya juga turut sama diheret ke menek urai. Apapun, usaha anda amat dihargai. Opsss.... jangan lupa bawa projek mee segera. Buat kenang-kenangan warga manek urai.

Dari pihak PR khususnya PAS macammana. Masih diulik mimpi muktamar lagi ka?.. Ingat, manek urai masih menanti anda semua. Tingkatkan usaha, jangan leka di atas kemenangan yang lepas. ingatlah.....'Satu undi amat bermakna'

akira8047
kedaikopitepimasjid

PakatanRakyat - Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda Perubahan

Anwar: Pindaan Perlembagaan Untuk Mengisi Agenda Perubahan

Pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang akan diluluskan hari ini adalah untuk membolehkan parti itu bergerak dengan lebih rancak ke arah mengisi Agenda Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata segenap lapisan anggota PKR mahukan “ perlembagaan yang menzahirkan semangat dan Agenda Perubahan”

Kita mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi wadah perubahan sebenar,” kata Anwar kepada hampir seribu perwakilan yang berhimpun di Selangor untuk meluluskan pindaan- pindaan itu pada Kongres Nasional Khas PKT di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Antara lain pindaan perlembagaan membabitkan usul menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
Turut dibentangkan usul mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.
Anwar berkata pindaan perlembagaan akan memantapkan jentera parti daripada tahap sekarang.

“Kita perlukan anjakan besar kerana Parti Keadilan Rakyat diasaskan dengan semangat reformasi dan perubahan” dan harus berupaya untuk menzahirkan harapan rakyat untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan.

Datuk Seri Anwar mengingatkan pemimpin dah anggota parti supaya tidak angkuh dengan kemenangan besar PKR pada pilihanraya umum lalu.

“PKR menang kerana ….. rakyat mahukan perubahan dan kerana rakyat bencikan kerakusan kuasa dan rasuah. Kerana itu rakyat memilih kita,’ kata Anwar.

Beliau berkata pemimpin dan anggota parti tidak harus leka berfikir “kita hebat” dan kemenangan PKR berpunca daripada kekuatan individu.

“Kita harus menjalankan penilaian diri tentang kelemahan dalaman …..kita tak boleh andaikan kita cukup hebat,” kata Anwar.

Penilaian itu akan membolehkan jentera perjuangan parti dimantapkan lagi bagi memboleh PKR membina kekuatan yang berupaya mengisi segala harapan rakyat.

Datuk Seri Anwar juga menegaskan bahawa PKR tidak akan bertolak ansur dengan mana- mana pihak yang cuba menerapkan politik perkauman ke dalam parti itu.

Beliau merujuk kepada pilihanraya kecil Bukit Selambau, di mana beberapa pihak, termasuk kalangan bekas anggota parti cuba mengugut PKR untuk memilih mereka sebagai calon.

Anwar berkata PKR memilih untuk menolak mereka walaupun mereka mengugut untuk memastikan kaum tertentu memulau parti itu.

Anwar menegaskan setiap calon PKR harus mewakili kepentingan semua kaum dan tidak terikat dengan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja.

“Biarlah pengajaran daripada Bukit Selambau ini sampai ke seluruh negara…kita mahukan calon-calon kita..mampu menjana perubahan” dan mewakili kaum kaum, kata Anwar.

Merujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar sekali lagi mengingatkan bahawa media arus perdana kawalan Barisan Nasional sentiasa berusaha mencerminkan gagasan sebagai rapuh dan tidak mantap.

“Insiden kecil akan diperbesarkan oleh media arus perdana. Ini kita harus sedari. Oleh kerana itu penting untuk kita memastikan sebarang perbedaan pendapat disalurkan menerusi ruang, wahana dan forum ditetapkan untuk mengelakkan tafsiran yang merugikan,” kata Anwar.

Anwar berkata ketiga-tiga pucuk pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP telah menzahirkan iltizam untuk menjadikan Pakatan Rakyat lebih mantap dan jitu.


sumber : suara keadilan
akira8047
kedaikopitepimasjid

AWAS!!! Jambatan P.Pinang, motosikal & paku


Peronda kutip paku: Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.

sumber : wrlr
akira8047
kedaikopitepimasjid

PakatanRakyat - Ini macam, Selangor tak lamaaaa....

KERAJAAN SELANGOR SUDAH JADI KERAJAAN DENMARK

RM13,000 HADIAH MENANTI PENCIPTA LAGU TEMA SPIES – harakahdailay


SHAH ALAM, 12 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.

"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.


KAH KAH KAH…

kah kah kah… KERAJAAN SELANGOT TAK CUKUP KENA TARBIAH…kah kah kah..

woit… TULIS LAH DALAM BAHASA MELAYU…kah kah kah..

woit … 80 PERATUS WARGA SELANGOR… BUKAN MAT SALEH DARI DENMARK…kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK JAWA DAN BANJAR… SEMUA CAKAP MELAYU…kah kah kah..

woit… KALAU MICHEAL JACKSON ATAU MARIAH CAREY BOLEH ADA SPIES…kah kah kah..

kah kah kah… INI MAT REMPIT DAN MAT LEPAK YANG NAK MASUK BERTANDING …kah kah kah…

kah kah kah… BUDAYA GEROMBOLAN MASIH TEBAL LAGI KE?... kah kah kah..

kah kah kah..KERAJAAN SELANGOR NAK KENA MANDI BUNGA KE?…kah kah kah..

kah kah kah… ATAU NAK KENA MANDI KELOROK?… kah kah kah…

kah kah kah… ATAU NAK PEGANG KERJAAN SEPENGAL SAHAJA…kah kah kah….


sumber : tukar tiub
akira8047
kedaikopitepimasjid

Khamis, 11 Jun 2009

PakatanRakyat - Pulau Pinang peruntuk RM213k untuk masjid


Pulau Pinang peruntuk RM213,000 sempena Ramadan

Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim, berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah. - Bernama


sumber : kerabubersuara
akira8047
kedaikopitepimasjid

KerajaanPerpaduan - Mereka ini 'BONEKA UMNO' - Tok Guru

(Bernama) - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu. "Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya.

akira8047
kedaikopitepimasjid

PRK - Lagi PRK selepas Manek Urai

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.


sumber : malaysiakini
akira8047
kedaikopitepimasjid

Rabu, 10 Jun 2009

Syahid ketika sujud!! Allahuakhbar!!

KUMPULAN enam pengganas berbaju hitam yang menyerang jemaah Masjid Al-Furqan, selatan Narathiwat dekat sini malam kelmarin cukup kejam kerana mereka terus menembak mangsa walaupun ada yang sudah terbaring tidak bernyawa.

Serangan paling kejam itu, dan juga dikatakan yang pertama melibatkan jemaah dalam sebuah masjid di wilayah bergolak itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Selepas melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum menembak sepuas hati untuk memastikan mangsa mereka benar-benar mati.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan itu tetapi ada yang berpendapat ia akibat dendam.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian itu berlaku hanya dalam masa lima minit dengan empat lelaki menyerbu masuk ke dalam masjid dari pintu belakang manakala dua lagi menceroboh dari pintu sisi.

Kesemua pengganas itu dilihat memakai seragam hitam, bertopeng serta bersenjatakan raifal M-16 dan senapang patah.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan./Dari berbagai sumber


Saudara Muslimin yang syahid dibunuh ketika bersolat di Selatan Thai


sumber : klpos
akira8047
kedaikopitepimasjid

ARAK HALAL!!! Hukum mana pulak dah ni

Sebelum anda teruskan bacaan, ada satu pernyataan yang nyata lagi terang.. tapi ramai yang tak brapa pahamm!! Seekor ayam yang telah dicuri tetapi disembelih oleh seorang imam masjid negeri yang begitu warak dan memenuhi syarat² sembelihan ???? Adakah daging ayam tersebut HALAL atau HARAM dimakan..???? noted : yang HARAM tetap HARAM walau dalam apa cara sekali pun.. MATLAMAT tidak menghalalkan CARA !!!!!

Apa pendapat anda???????? waswas

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,

“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani )sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak.

Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari danMuslim)


1. sanggupkah anda makan daging ayam disembelih tapi dibentuk menyerupai babi?
2. bolehkah anda sambut aidilfitri tapi memakai baju santa claus?
3. mengapa dibotol arak halal menyerupai arak haram? tak terkeliru ke dgn arak haram?
4. forum halal ni tidak dipantau majlis agama ke?
5. esok2 bebudak sekolah minum arak haram pon org leh kata tu arak halal..nak wat camana dah rupa lebih kurang..
6. apa komen Majlis fatwa?...

kedai kopi : bedengung ka dak ayaq ni?

sumber : wrlr
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Hilang orang, cari najib... hilang IC cari siapa????

LAPRAN POLIS PEMUDA PAS JOHOR.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.

Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan.


sumber : minda kembara
akira8047
kedaikopitepimasjid

Selasa, 9 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - Kukuhnya Pakatan, Lenyaplah UBN


Salam semua,

Mengenai Kerajaan Perpaduan, blog ini menolak 100% jalinan kerjasama tersebut. Namun dalam amalan demokrasi, prinsip dan hak individu dalam membuat pilihan, aku hormati pandangan dan pilihan para pelayar.

Bagi aku, bab Kerajaan Perpaduan(KP) perlu dinoktahkan segera. Tidak perlu adanya kerjasama dengan pemerintah yang zalim. Kukuhkan saf dalam Pakatan Rakyat. Buktikan keikhlasan dalam menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat. Sekiranya PR berjaya memperjuangkan hak rakyat, Insyaallah, UBN akan terus dibenamkan pada PRU13.

Apabila jatuhnya UBN, 50 tahun lagi belum tentu mereka akan mampu merangkak kembali. UBN, sebuah parti yang berjuang bersama wang bukannya bersama keringat, air mata mahupun keihklasan para ahlinya. Apabila tidak mampu lagi untuk menguasai kekayaan negara, APA YANG AKAN DIPERTARUHNYA? Hanya ganjaran yang dinantikan oleh para penyokong. Tiada ganjaran....tiadalah UBN..... Sanggupkah pemimpin-pemimpin dalam UBN mempertaruhkan kekayaan mereka untuk parti. Jawapannya tentu TIDAK. Apabila satu-satunya kekuatan mereka(wang) selama ini lenyap, maka UBN akan terus lenyap dari muka bumi ini. Jadi, apa perlunya KP. Lenyapkan terus UBN dari muka bumi ini lebih baik daripada bersalam bersamanya.


-mereka tersenyum menyaksikan tarian anda hasil paluan gendang mereka.


akira8047
kedaikopitepimasjid

KerajaanPerpaduan - Ubati sebelum PARAH!!!

Umno/BN sedang mengatur strategi licik dan sulit untuk mengembalikan kuasa mutlak mereka di negara kita. Setelah mereka dikejutkan dengan kejayaan PR menafikan majoriti 2/3 di Parlimen, BN memerah otak untuk menyerang dan melemahkan lawannya PR.
Tidak semena-mena BN mendapat 'tongkat' baru iaitu mempopularkan istilah kerajaan perpaduan dengan menyatakan bahawa PAS mahu bergabung atau bekerjasama dengan Umno untuk menggagaskan kerajaan perpaduan.
Lebih malang lagi ada dakwaan menyatakan bahawa pimpinan kita sendiri seolah-olah seronok dan terliur untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Malah tiada penafian secara rasmi dan tegas dibuat oleh pimpinan samada benar atau tidak kerajaan perpaduan hendak dibentuk.

Akhirnya isu kerajaan perpaduan ini menjadi barah kepada PAS dan PR antara simptom yang kita dapat lihat ialah :-
  • Rakan-rakan dalam PR mula sangsi kepada PAS
  • Rakyat Malaysia yang bukan Islam mula 'confuse' dan hilang keyakinan kepada PAS
  • Ahli-ahli PAS dan penyokong PAS terkeliru, pening dan tertanya-tanya benarkah PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Simptom di atas akan merebak jika tidak dibendung dengan cepat. Jika ianya merebak dan membarah, saya yakin BN akan mengambil kesempatan dan akan membubarkan parlimen kerana mereka yakin rakyat sudah sangsi kepada PAS/PR dan mereka akan menang dengan mudah kerana PR sendiri berada dalam kemelut dalaman yang hebat.

Untuk itu saya sekali lagi menyeru pimpinan atasan PAS membuat kenyataan segera berhubung ISU KERAJAAN PERPADUAN demi untuk memadamkan api dalam sekam yang kelihatan mula berkelip-kelip dalam diam dan tersembunyi.

Api ini jika tidak dipadam segera kemungkinan akan membakar sekam tersebut malah akan membakar bangsal dan rumahnya sekali. Pada masa itu siapa yang hendak dipersalahkan?

Dengan rasa rendah diri dan dengan hati yang tulus ikhlas saya mohon pimpinan supaya membuat tindakan cepat dan tangkas untuk mematikan isu ini dengan membuat kenyataan tegas bahawa PAS TIDAK PERNAH DAN TIADA CITA-CITA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

Jika ini tidak dilakukan saya yakin isu ini akan semakin merebah dan membarah.


sumber : mutaligat
akira8047
kedaikopitepimasjid

Isnin, 8 Jun 2009

KerajaanPerpaduan - Siapa yang mudah lupa

KERAJAAN PERPADUAN.

Mengapa baru sekarang? mengapa tidak dari awal? huh bingung jika cuba memikirkanya, dikala mereka diulit penghormatan....mereka mula memandang sinis rakan sendiri. Apa yang membuat mereka seolah hilang pertimbangan? Mengapa mereka begitu teruja mahu berunding dengan orang yang pernah "menendang" mereka? Bukankah ada lebih baik kiranya mereka memusatkan perhatian kepada memperkukuhkan pakatan? Muzakarah,Muqabalah atau apa saja....mengapa tidak diadakan dikalangan rakan pakatan yang telahpun menunjukkan sikap setiakawan dalam mengharungi perjuangan yang tidak berkesudahan ini?


Arrgghhh... itu semua tidak perlu! Pakatan cukup melelahkan....ada sahaja yang mahu didebat tiap kali idea cuba dilontarkan.Berbeda dengan disebelah sana, mereka tampak lebih mudah menurut.....manakala layanan yang disajikan agak jauh lebih sempurna berbanding sebelum ini.Mereka tidak punya majoriti penuh untuk mentadbir....lantaran itu kita amat diperlukan bagi mengukuhkan kembali cengkaman mereka keatas negara. Kontrak-kontrak , saham-saham,konsesi balak dan tanah berhektar yang kesemuanya merupakan hak rakyat! telahpun dibidak dan diagihkan kepada para kroni mereka....malangnya..mereka telah terpukul dalam PRU-12 oleh rakyat! kesedaran yang membawa kepada kebangkitan seluruh rakyat ini adalah disebabkan ANWAR IBRAHIM!! Dialah menjadi punca kepadau nasib malang pimpinan ketuanan Gerombolan!!


Kegigihan dan ketekunan ANWAR telah menjadikan rakyat menolak GEROMBOLAN sekaligus menyelamatkan harta rakyat dari terus tergadai! Justeru sudah lama diulit kemewahan dan kesenangan, GEROMBOLAN sukar menerima hakikat bahawa sudah sampai masa empayar koloninya runtuh.Ini lumrah biasa bagi penguasa Zalim, kejatuhan empayar ZALIM semuanya kerana kebangkitan rakyat! itu adalah merupakan bala yang Allah janjikan kepada sipenguasa zalim. Nah! sebagai pelengkap ceritera empayar Zalim...sudah pastinya mereka akan cuba menongkat langit! Disinilah kita diperlukan oleh mereka. Kerusi kita sedikit? hanya sekitar 23 sahaja diParlimen? Hmmm....GEROMBOLAN hanya perlu sebanyak itulah untuk mengekalkan empayar koloninya.Bagaimana ANWAR?


Bukankah dia yang banyak mendorong rakyat agar berani berubah? bukankah ANWAR yang kehulu-kehilir sampai tidur dalam kereta,demi memastikan kita dapat berdiri megah pada hari ini? Tahukah kita,tatkala kita disambut selaku penguasa baru oleh rakyat! ANWAR masih ditekan oleh penguasa zalim? Disaat kita tidur berlandaikan tilam empuk,ANWAR masih lagi terpaksa lena diatas simen lokap? huh!! itu semua bukan masalah kita! Biar ANWAR hadap sendiri masalahnya! ia langsung tidak ada kena mengena dengan kita! Tapi bukankah kita pernah diterajang oleh penguasa zalim itu? setelah habis madu, maka sepah dibuang....lupakah kita?


Kitalah yang mengajar disemua madrasah tentang bahana bersikap asobiyah! kita jugalah yang menyeru kepada semua umat islam agar menjauhi sipenguasa ZALIM! Rakyat mengikut kerana menyetujui kita.....rakyat berhabis sekian banyak demi mengangkat apa yang kita sebut sebagai wadah islam! Sehingga apa yang ditakutkan oleh para GEROMBOLAN dimana kesemua rakyat tanpa mengira ras telah dengan berani dan bangga mengangkat panji kita! malah hari ini siapa sangka... kita sudah punya bangunan sendiri ditengah bandaraya KUALA LUMPUR! errr....seperkara lagi...selama ini, pernahkah kita dipukul dan disembur dengan bahan kimia? TIDAK! ini kerana kebijakkan kita.....kita hanya perlu menyeru dari surau-surau,madrasah dan lapangan ceramah....tak perlu kita turun sekali...jangan jadi bodoh seperti ANWAR!! Oleh kerana sanggup kehadapan, matanya lebam serta hampir mati dibelasah.Malah keberanian ANWAR itu hanya berhasil membawanya kerumah pasung selama 6 tahun.


Oh kalau begitu, apakah GEROMBOLAN akan beri kita tempat diSRI PERDANA? err...apakah GEROMBOLAN akan menyertai usrah kita? TIDAK? Jika begitu, apa untungnya pada kita? Seperkara lagi, jika dibubarkan kembali PARLIMEN, apakah GEROMBOLAN akan meletakkan kita ditempat yang menjadi tradisi mereka? apakah GEROMBOLAN akan bisa menambah kerusi kita agar sama banyak dengan mereka sekurang-kurangnya? Kalau GEROMBOLAN sanggup berbuat demikian..apakah rakyat sanggup lagi memberi undi kepada kita, setelah apa yang mereka impikan (membenamkan GEROMBOLAN) tidak berhasil?


Argghhhh...rumit untuk memikirkannya....apatah lagi jika terbayang perkataan setiakawan! ANWAR telahpun membayar segala hutangnya pada kita bilamana dia diterajang jatuh,dipukul,diaibkan dan dinafikan haknya. Itu mungkin sahaja kifarah yang terpaksa dilunaskan tatkala mengambil keputusan meninggalkan jemaah dulu. Siapa kita untuk menghukum sekaligus menambah deritanya lagi?


Hmmm...biarlah...sesungguhnya pimpinan kita lebih mengetahui....tetapi.....mengapa penasihat bertaraf Tuan Guru juga menghalang pimpinan dari meneruskan ini semua? Arggghhh....dia mungkin mendapat maklumat yang silap, selepas ini kta akan terangkan padanya dan pastinya dia akan akur dengan kita. Hahahaha....Mungkin kita terlupa.....Tuan Guru itulah yang menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri tatkala kita diterajang keluar apabila kita sudah tidak diperlukan lagi oleh gerombolan. Tuan guru itulah yang menjadi antara penyelamat dikala itu,dialah yang berusaha membaiki semula bahtera kita yang bocor agar tidak terus karam. Apakah itu yang menjadi trauma kepadanya? atau sahaja beliau memang sudah tahu jenis musibah yang akan melanda kita apabila meneruskan niat kita tadi? Hmmm.... itu juga satu kemungkinan...bukankah dia Tuan Guru! dan bukan sembarangan Tok Guru!

sumber : eddieputra
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Islam hari ini

Ada lagi…

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..


sumber : kerabu bersuara
akira8047
kedaikopitepimasjid

Ahad, 7 Jun 2009

AWAS!!!!! eeeeeeeeeeeeerrrrkkkhhh

BERHATI-HATILAH PADA MEREKA YANG HENDAK PERGI BERCUTI DI SEKITAR BALI, BANDUNG , JAKARTA ... INDONESIA

Pada mereka yang pernah pergi Indonesia ...korang sure ke yang korang makan tuh ayam goreng? Hehehe ..??? Betul ke, macam tak percaya gitu??????? Di beberapa tempat di Indonesia tikus sawah ada yang dimakan? Kalau tidak ingin memakannya di interview aj e dulu dagingnya? Tetapi yang paling membedakan adalah struktur tulangnya, tiap binatang mah beda maka nya harus belajar anatomi tikus, ayam dll. Hati-hati... ...kelihatannya seperti daging ayam....?

TIKUS!!!!

Dibakar utk menghilangkan bulu... ? Dicuci sebelum dimasak.....
Dipotong-potong sehingga menyerupai potongan daging ayam......
Persiapan utk di goreng....
Sebelumnya diberi bumbu....
Siap di santap....
weeckkk....
Mirip daging ayam?kaaaaaaaaaannnnnnnn Waspadalah.. ..waspadalah. ..


sumber : wartawan rasmi laman reformasi
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Adakah kita sudah merdeka?

Merdekakah kita selepas MERDEKA.

Berdasarkan sejarah, 31 Ogos 1957, Tanah Melayu dikatakan Merdeka. Ini kerana secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Ini nilai 'merdeka' yang dilakarkan dalam sejarah buat tatapan kita. Adakah dengan pengisytiharan tersebut kita sudah merdeka?............. Adakah dengan penurunan bendera Union Jack pada 12 tgh malam 30 Ogos 1957 menandakan berakhirnya penjajahan terhadap kita? Adakah dengan wujudnya Dokumen Pemasyuran Kemerdekaan 1957 membuktikan kita telah bebas dan merdeka? Adakah dengan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali kita sudah merdeka?.........

Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
sumber : wikipedia
Sedarkah kita bahawa selepas berlakunya peristiwa yang dikatakan bersejarah ini, sebenarnya kita masih dijajah. Ya, sehingga ke hari ini kita sebenarnya masih lagi dijajah, kita belum bebas dan merdeka.

Perjajahan pertama selepas Merdeka berlaku apabila Tunku sendiri menandatangani ‘Persetujuan Pertahanan Anglo-Malaya’(AMDA) . Sedarkah kita dengan perjanjian tersebut, beribu-ribu askar komanwel bebas berada di negara kita. Selepas 1972, ia disambung dengan perjanjian ‘Perjanjian Pertahanan Lima Negara’. Perjanjian diantara Malaysia, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura ini juga membenarkan tentera-tentera asing kekal di negara kita yang dikatakan merdeka.

Sehingga ke hari ini, kita masih belum layak untuk mengatakan kita bebas dan merdeka. Kita masih dijajah. Dijajah dibawah KERAjaan Barisan Nasional..........
Insyaallah akan bersambung

Persoalannya disini, Adakah Kita Sudah Merdeka?

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Kerajaan Perpaduan mengarut

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

"Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini...mstar

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi...malaysiakini

Kedai kopi menyokong penuh saranan Tok Guru agar tiada sebarang jalinan antara Pas dan Umno. Tidak perlu wujudkan kerajaan Perpaduan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas, jangan sampai najis Umno terpalit sekali lagi. Kukuhkan kerjasama antara Pakatan Rakyat agar mampu menggegar di PRU 13 nanti.

Allahuakhbar!!


akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Ada apa dengan pangkat

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi mengetuai senarai 1,849 orang penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Beliau menerima anugerah Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.Turut menerima anugerah yang sama ialah Allahyarham isteri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi, Datin Seri Endon Mahmood.

Seramai 44 orang mendapat gelaran Tan Sri manakala jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diberi anugerah Darjah Bakti, yang mempunyai kedudukan kekananan yang tinggi walaupun tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya.

Daripada 44 orang penerima Tan Sri, tiga orang menerima Panglima Mangku Negara (PMN). Mereka ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

lagi disini

ADA APA DENGAN PANGKAT??????....


akira8047
kedaikopitepimasjid

Jumaat, 5 Jun 2009

PRK@ManekUrai - Barisan pemidato UBN bakal gegarkan Manek Urai

BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan ujian pertama kepada kumpulan pemidato tersebut yang baru diwujudkan oleh pergerakan berkenaan untuk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut.

``Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu berpidato, berdebat dan berceramah kepada rakyat bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini. - Utusan

Bagus... bagus... bagussss.....

teruskan usaha......

pemidato terbaik harus diberi ganjaran yang lebih, baru lepa pulun....

kalau tak, jangan kata berpidato, berdebat dan berceramah, nak tolong bukak mulut pun tak boleh... ada masyukkk kerja jalan, tak masyukkk sendiri bikin laa...

kah kah kahhh.....

lagi satu,

jangan lupa MAT EZAM... suruh dia berceramah, jangan lupa bawak kotak skali...

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - Media baru memerdekakan rakyat

Rakyat telah berjaya dicelikkan hasil maklumat daripada sumber media baru sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Enam pilihanraya kecil telah diadakan selepas pilihanraya umum 2008 dan Pakatan menang lima daripadanya - bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Penanti. Satu lagi pilihanraya kecil - DUN Batang Ai di Sarawak di menangi oleh BN.

Manakala pilihanraya kecil bagi DUN Manek Urai akan berlansung pada 14 Julai depan. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai.

Media baru khususnya di Internet termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini dikuasai oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan BN.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS hari ini.

berita penuh [klik sini]


sumber : malaysiakini
akira8047
kedaikopitepimasjid

RakyatUntukRakyat - Sila ambil perhatian

SILA AMBIL PERHATIAN


sebarang pertanyaan klik sini


akira8047
kedaikopitepimasjid

Khamis, 4 Jun 2009

1 MALAYSIA@najibMongolia - Kes Saman Gobind Singh

Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme Hamzah memfailkan Selasa lalu afidavit menjawab saman ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo terhadap penggantungannya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun.

Roosme, dalam afidavit tersebut, mencabar dakwaan Gobind bahawa penggantungannya itu adalah tidak sah dan terbatal.

Afidavit itu juga difailkan bagi pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Februari lalu, ahli parlimen Puchong itu digantung tanpa dibayar elaun dan ganjaran kerana ucapannya di dewan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam samannya, Gobind memohon penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu, diisytiharkan tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon agar surat pemakluman penggantungannya, yang ditandatangani oleh Roosmee dan arahan dalam surat tersebut, tidak boleh dikuatkuasakan.

Gobind juga memohon pengisytiharan supaya disambung semula pemberian ganjaran dan faedah-faedah lain yang layak diterima oleh ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan....malaysiakini

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 MALAYSIA@najibMongolia - 70% Rakyat dah tak percaya UBN

Purata hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius.

Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah.

Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.

Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.

“Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.

“Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low.

Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah.

Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini.

Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan pelaburan di Malaysia berasal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah yang mempunyai undang-undang ketat mengenai rasuah,” kata Low.

“Jadi sudah tentu mereka mahu melabur di Negara yang bebas dari rasuah dan mengamalkan proses telus untuk tender projek,” kata Low.

Selain Malaysia, tinjauan oleh Transparency International itu turut membabitkan 68 negara lain di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika dengan 73,000 responden.

Merujuk kepada skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ yang membabitkan dana awam sehingga RM 7.4 billion, Low berkata kerajaan persekutuan seharusnya lebih pro aktif dalam mendedahkan butiran penuh skandal yang membabitkan dana awam.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendedahkan penyelwengan BN dalam menguruskan amanah rakyat.

Kos projek itu meningkat daripada RM 2 billion kepada kepada RM 3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM 4 billion kepada RM 7 billion.

Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 billion. -TVA



akira8047
kedaikopitepimasjid

Rabu, 3 Jun 2009

PRK@ManekUrai - Rakyat mahu 1000 lagi Ahmad Maslan

Ahmad Maslan selami kehidupan rakyat di kebun getah

AHMAD Maslan menoreh getah di kebun Ibrahim Omar (kiri) ketika meluangkan masa beberapa hari bersama penduduk DUN Manek Urai, di Kampung Bukit Budu Lata Rek, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.

Beliau bermalam di rumah seorang penduduk kampung Chuchuh Puteri yang dikenali sebagai Pak Kob dalam kunjungan kali ketiga di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Selesai solat Subuh di masjid kampung itu, Ahmad Maslan kemudian turun bersarapan sebuah warung di situ.

Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu kemudian menjengah keempat buah rumah penduduk kampung termasuk menziarah mereka yang sakit dan bertemu penyokong Pas.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kemudian pulang semula ke rumah menukar pakaian dan terus ke kebun Ibrahim Omar, 56, di Kampung Bukit Budu, Lata Rek untuk bersama menoreh getah.

Bersama Ibrahim, pemimpin itu menghabiskan masa kira-kira sejam menoreh dan pihak media yang menyedari kegiatannya itu menemuinya di kebun.

sambungan.... disini

KOTA BHARU 2 Jun - Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan maklumat berkaitan sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut akan melengkapkan pelan tindakan dan pelaksanaan yang berkesan bagi manfaat penduduk.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio- ekonomi dan politik di kawasan tersebut.

sambungan disini
......................................................................................................

Manek Urai, Pilihan Raya Kecil(PRK) ketujuh selepas PRU12 dan PRK Ke lima dalam era pemerintahan Najib. Selepas PRU12, PR sudah berjaya memenangi 5 daripada 6 pilihanraya. Kini Manek Urai menjadi medan pertarungan seterusnya. UBN kini sudah mula menjalankan kempen dalam memenangi hati rakyat. Contoh seperti berita diatas. Teruskan usaha anda.... mungkin UBN perlu melipat gandakan usaha tersebut. Moga-moga kerajaan UBN dapat membantu rakyat bawahan dengan memberi bantuan seperti : bantuan anak2 ayam, lembu, kambing dan benih2 untuk pertanian. Dan kerajaan UBN juga diharap dapat menaik taraf jalan2 di kampung dengan menurap jalan2 yang berlopak atau menggantikan jalan2 tanah merah dengan tar. Lagi satu, tingkatkan kemudahan komunikasi agar capaian broadband boleh diperolehi demi memudahkan penduduk berhubung dengan dunia luar. aaaaaaaaaa....... jangan lupa bina hotel 7 tingkat atas nama Koperasi Rakyat Manek Urai, ini dapat menjana pendapatan tambahan kepada penduduk. Dengan adanya kemudahan seperti ini, sekurang-kurangnya penyokong2 UBN dari segenap negeri akan dapat menjalankan tugas dengan selesa semasa PRK yang akan berlansung pada 14 Julai nanti.....

Dan permintaan terakhir dari warga manek urai - "tolong hantar seramai mungkin orang seperti Ahmad Maslan, boleh la kami nak bersenang lenang sebelum pilihanraya. Dah lama teringin nak cuti dari menoreh, kalau ada ramai yang datang membantu, rasa-rasanya boleh la kami nak rehat sebulan dua...."


akira8047
kedaikopitepimasjid

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu