Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 1 Mei 2009

PENANTI - Pak Lah dah tak tidoq!!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata walaupun DUN Penanti yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR, ternyata terdapat pengundi yang mahu kawasan itu diwakili PAS.

"Apa yang disuarakan PAS Permatang Pauh itu adalah suara akar umbi dan saya percaya ada penduduk di situ ada perasaan dan kecenderungan untuk memilih calon tertentu yang mewakili parti tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang bagi kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan tiada kesepakatan di kalangan parti dalam pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP.

NAMPAKNYA BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA MASIH ADA KAT SINI. RAMAI YANG INGAT BELIAU DAH PINDAH PI ZIMBABWE. RAMAI YANG INGAT PAK LAH TAK BANGUN TIDOQ LAGI. KALAU PKR TAK POPULAR, ELOK LA UMNO AMBIK PELUANG UNTUK BERTANDING. JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN.

1 ulasan:

  1. Biaq pilah Tun lah nak kata apa pun ... Apa yang penting ... Kerusi Penanti ni kita kena menangkan Dr. Mansor sebab di bahunya tergalas bebanan untuk membela nasib Melayu Pulau Pinang yang telah dikhianati oleh UBN ... sama2 kita bantu Dr. Mansor untuk perbetulkan keadaan ini yang telah dicemari oleh sifat2 fairus yang lemah ...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu