Pilihan anda di PRU13

Isnin, 4 Mei 2009

BERITA HARI INI - Mat Sembab Punya Cerita

Umno Belum Putus Bertanding Di Penanti: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata mesyuarat Biro Politik Umno di Putrajaya tengah hari Isnin tidak membincangkan isu itu.

"Kita bincang banyak perkara. Belum ada keputusan apa-apa," katanya

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu menyertai pembangkang..

Muhyiddin berkata beliau tidak percaya dengan perkara itu memandangkan Chua kawan baiknya, dan pada satu pertemuan mereka minggu lepas, Chua tidakpun menceritakan kepadanya untuk keluar MCA.

"Yalah, pihak di sana (pembangkang) tak putus-putus berusaha nak tarik mana yang boleh dia tarik untuk sokong mereka," katanya.

Perkasa Pengunaan Bahasa Melayu, Kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat yang kini didapati lemah dalam penguasaan bahasa tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata DBP sebagai agensi bertanggungjawab memartabatkan Bahasa Melayu perlu membabitkan semua peringkat masyarakat, sama ada sektor awam dan swasta, selain sekolah dan pelajar.

"Saya berpendapat tanggungjawab DBP kini kritikal dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan kerana kita dapati akhir-akhir ini terdapat kelemahan di dalam masyakarat kita (menggunakan) Bahasa Melayu sebagai bahasa utama," katanya kepada pemberita selepas melawat DBP di sini isnin.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan program Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan setiap tahun diadakan lebih meriah di semua peringkat dengan maklumat lebih luas disebarkan agar rakyat dapat lebih memahami kepentingan Bahasa Melayu.

Saya Masih Belum Puas Hati Hasil Kajian PPSMI, Kata Muhyiddin

mbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau masih belum berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan termasuk sesi perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan kerajaan terhadap isu berkenaan adalah kritikal.

"Kami tidak mahu dilihat sebagai tidak konsisten (flip-flop) dalam perkara ini. Kami perlu melihat lebih banyak maklum balas. Tetapi melihat kepada kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bebas, hasilnya tidak sama dengan perbincangan meja bulat yang diadakan.

"Kadang kala semasa perbincangan meja bulat, orang ramai tidak mempunyai fakta dan bukti. Mereka bercakap berasaskan kepada apa yang mereka rasa. Mereka mestilah menyokong pendapat dengan banyak fakta dan bukti sama ada perlu dilakukan perubahan ataupun tidak," katanya

Mengenai cadangan bagi menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Muhyiddin berkata ia akan dilakukan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya kepada rakyat.

Muhyiddin berkata perkara itu memerlukan masa bagi membolehkan perundingan diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, masyarakat dan parti-parti politik.

"Ini bukan hanya suatu keprihatinan kerajaan tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat hasilnya," kata beliau.

Muhyiddin, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut kerana masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa mengenainya.


HANGPA NAK KOMEN, SILAKAN.

AKU MALAS NAK TAIP ARI NI.....

3 ulasan:

  1. Mat Sembab...

    cantik nama tu...

    slalu cakap berapi-api...

    bila perlaksanaan hancusss

    BalasPadam
  2. PPSMI untuk meningkatkan penguasaan b.inggeris

    Kini bahasa melayu pula lemah, lagi mau kasi ajar maths n sains dalam b.inggeris.

    Ini dah jadi apa cerita.

    kasi pening la ini orang

    BalasPadam
  3. kah kah kah… SAMPAI BILA NAK PUAS HATI… DAH BERTAHUN…kah kah kah..

    kah kah kah… MASA BUAT DASAR TAK PERNAH BINCANG… kah kah kah

    kah kah kah….LUPA KE … DASAR INI MADEY YANG BUAT SORANG DIRI…kah kah kah..

    woit… NAK MASA PANJANG MANA?… BERAPA BATU PANJANGNYA… kah kah kah..

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu