Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 28 Ogos 2009

1 Malaysia : Lompat sana, lompat sini.... sama saja

 Beberapa hari kebelakangan ini, di gemburkan dengan berita adun BN di Terengganu akan melompat masuk ke dalam PKR. Sekiranya ini benar-benar berlaku, Terengganu akan mencatat sejarah mempunyai KATAK terbanyak di dalam Dewan Undangan Negeri. Cuba bayangkan 9 ekor katak.... banyak tuu..

Apabila adun-adun dari parti pembangkang lompat menjadi adun bebas dan menyokong kerajaan Barisan Nasional, maka akan bertempiklah para pemimpin dan penyokong PR mengatakan itu dan ini. Tak kurang juga menyuruh si Katak ini meletak jawatan. Tapi apabila terdapat ura-ura yang mengatakan adun BN yang melompat ke sebelah sini, kenapa diam?.. Malahan sudah ada pemimpin PR yang tersenyum membayangkan jawatan... cittt poodahhh...

Adakah perbuatan itu dianggap bermoral...  sedarkah kita bahawa atas sebab apa mereka sanggup melompat... semuanya kerana pangkat dan kuasa... janganlah sampai penyokong-penyokong PR menganggap PR sama saja dengan BN... Sanggup menghalal cara.

akira

8 ulasan:

  1. uah bicara, kalau mulut berbau taik

    BalasPadam
  2. kat perak, kecoh pasal lompat parti, dah merintah pun perak..... boleh apa? kat tganu pula enkau nak kecoh2, apa hal... tu baru ura2. nak lompat. enkau kecoh dulu kat anak beranak kau kat perak tu,kalau betul bagus la, jerat makan tuan. umno yang HALAL kan lompat melompat ni, aku dah boh nama aku. lu apa hal

    BalasPadam
  3. chitt, poorah. dulu Bn hutang nasi lemak aku 50 sen, belum bayar...... sama la tu tak yah nak kecoh,UMNO yang depa buat saja yang betul, orang lain buat benda yang sama, tak betul katanya, ahli umno pulak akan ikut kata BOSS , walaupun salah.sampai bila ini akan berlaku?

    BalasPadam
  4. dalam pakatan rakyat, kalau benda tu salah, tak payah umno nak betulkan... kerana ahli PR sendiri yang tak akan sokong. Kalau umno.. buat benda yang salah, tak mau mengaku dan ahli2 pun angguk lah semuanya pak turut, kalau warna biru, peminpim cakap warna hitam, semua ahli akan cakap.... betullah datuk seri warna hitam tu. begitulah kesahnya.

    BalasPadam
  5. penyokong2 PR bukan macam pencacai umno.... Pemimpin buat salah pun lepa kata betul... kami selaku penyokong2 PR tak akan berdiam diri.. Yang salah tetap salah.... tak kira pemimpin PR sekalipun... ingat!!!! yang salah tetap salah.

    BalasPadam
  6. woii tebuan tanah... kau elok jadi pencacai umno saja. Tak layak nak jadi penyokong PR, ingat rakyat sekarang bodoh macam kau. Kalau DSAI buat keputusan yang salah, dia tetap salah. Kau ingat kat kubur nanti Tuhan nak bagi kelonggaran kat Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  7. Salam sdr.

    Walau ke mana melompat sekali pun tetap tindakan yang tidak bermoral. Gagal memikul amanah pengundi yang mengundinya. Tetap munafiq kerana berpaling tadah.

    Letak jawatan dulu, lompatlah ke mana sekali pun dan bertanding semula. Itu barulah dikatakan ada harga diri.

    BalasPadam
  8. salam ayahanda.

    saya sokong pandangan ayahanda. letak jawatan dan beri pilihan kepada rakyat utk memilih... namun apa yang dikesalkan, masih ada segelintir pemimpin PR yang seolah-olah mengalukan mereka2 ini utk melompat.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu