Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 29 Ogos 2009

1 Malaysia : 31 Ogos Misi Tawan Selangor

Dalam tempoh lebih kurang 30 jam lagi, rakyat Malaysia dikatakan akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Walaupun kebenarannya, hanya separuh merdeka. Separuh merdeka yang  membawa maksud kita selaku rakyat masih belum benar-benar bebas untuk melaksanakan sesuatu. Banyak konkongan daripada pihak kerajaan yang membataskan perlakuan kita sebagai rakyat dalam misi mereka(kerajaan) untuk menjaga perjalanan pentakbiran yang sonsang. Mana mungkin kerajaan di bawah Barisan Nasional akan memberi sepenuhnya kemerdekaan kepada rakyat sedangkan mereka selaku pemimpin-pemimpin negara masih lagi ingin menjaga periuk nasi yang bersumberkan hasil bumi negara dan titik peluh rakyat sendiri melalui amalan rasuah.

Dalam kempen menyambut kemerdekaan yang dilaungkan oleh kerajaan pada tahun ini, ada lagi misi mereka(BN) yang belum tercapai. Ya, 31 Ogos 2009, misi menawan Selangor. Mampukah Barisan Nasional selaku pemegang tampuk pemerintahan negara merampas kerajaan Negeri Selangor secara haram, iaitu tidak melalui sistem pilihanraya. Usaha-usaha yang tidak mengenal erti jemu ini lebih bermakna sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam membasmi amalan rasuah. Namun berlaku sebaliknya apabila mereka lebih berminat untuk menggunakan segala jenis macam tanpa mengira sensitiviti rakyat demi mengapai tujuan dan impian mereka.

SPRM dijadikan tangan untuk parti pemerintah dalam usaha merampas negeri yang terkaya di Malaysia. SPRM dijadikan balaci dalam erti kata budak suruhan dalam melaksanakan misi-misi terancang mereka.  Kemuncakkan kepada penyalahgunaan suruhanjaya ini membawa kepada kematian seorang anak muda. Rakyat Selangor terutamanya menjadi bingung apabila kes-kes yang nilainya jutaan ringgit ditenggelamkan dan kes-kes kecil yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat diperbesarkan hingga meragut nyawa anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rakyat di negeri ini tertunggu-tunggu dan mahukan jawapan kemana hilangnya jutaan ringgit semasa BN berkuasa, namun kerajaan BN di bawah pimpinan Najib lebih selesa untuk menyalahgunakan kuasa dalam menghalal cara.

Usaha-usaha BN tidak terhenti disitu sahaja, isu-isu yang tak mampu mereka tangani semasa memerintah dijadikan modal untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Tan Sri Khalid. Isu penternakan babi secara moden dan isu arak dijadikan modal sedangkan selama mereka memerintah Selangor,  apa yang mereka buat? Dan apabila isu-isu yang dimainkan tidak mampu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, isu agama pula dimainkan. Perarakan ‘Kepala Lembu Berdarah’ jelas dilakukan untuk menyemarakan api  perkauman. Dengan tindakbalas polis yang kurang cekap/cerdik atau sememangnya mengikut arahan dari kerajaan BN, perarakan ini tidak langsung mendapat tentangan daripada pihak polis sebaliknya anggota polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati kepada kebiadapan segolongan manusia.

Rentetan perancangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam misi menawan Selangor, agensi-agensi kerajaan malahan isu ‘agama’ menjadi dagangan mereka. Apakah hasilnya memberansangkan buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional? Yang pastinya, ‘dateline’ meraka dalam merampas Selangor sudah hampir. Dalam tempoh lebih kurang 30jam ini sepatutnya perlaksanaan mereka berada di fasa terakhir dalam misi besar mereka. Ataupun hanya angan-angan yang mampu mereka kecapi. Nantikan 31 Ogos 2009....  tunggu dan lihat.


akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu