Pilihan anda di PRU13

Selasa, 11 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Malaysia dalam bahaya?

AWAS!! Malaysia di ambang bahaya...

Berita 1

Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam,: menjadikan jumlah kematian kepada 32 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya semalam, berkata, sejumlah 203 kes baru H1N1 dilaporkan dengan semuanya adalah kes tempatan yang membabitkan warganegara Malaysia.

Dr Mohd Ismail berkata, dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,983 kes. [baca sini]

Berita 2

Hanya kerana wang RM60, seorang pelajar hampir kehilangan nyawa apabila dirodok dengan pisau Rambo di rusuk kiri sehingga terkena paru-paru angkara dua penjenayah jalanan yang merompaknya ketika melalui jejantas di kawasan stesen monorel Dang Wangi di sini, kelmarin.

Lebih malang apabila pelajar berusia 20 tahun itu yang diserang di kawasan awam tidak dipedulikan orang ramai walaupun berulang kali menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah. [baca sini]

Berita 3

RAWANG 11 Ogos - Empat penjenayah dikehendaki polis yang terlibat dalam beberapa kes samun dan rogol di Lembah Klang ditembak mati di sini pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan siasatan awal suspek dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 15 kes samun di Lembah Klang sejak tiga bulan yang lalu.

``Kesemua penjenayah itu ditembak mati pada pukul 6.15 pagi berhampiran kilang simen Rawang,’’ katanya kepada pemberita di tempat kejadian. [baca sini]

Berita 4

Isu gula habis dan tiada stok ini sering menjelma menjelang Ramadan dan musim perayaan khususnya Hari Raya.

Andaian yang mungkin boleh dibuat masyarakat umum ialah ada pihak yang sengaja mencetuskan krisis bekalan gula, kalau bukan untuk meraih keuntungan singkat.

Sempadan negara juga bolos lagi dengan gula subsidi diseludup ke negara jiran juga untuk mengaut keuntungan. [baca sini]

Berita 5 (Edisi Khas)

Umno diambang kekalahan.
Prk N11 Permatang Pasir bakal menambahkan lagi trofi kekalahan umno sepanjang 'kembara jalanan pilhanraya kecil'. Kekalahan demi kekalahan BN di semenanjung membuktikan BN kini semakin ditolak rakyat. Pelbagai cara dan tipu daya digunakan oleh mereka untuk mendapatkan kemenangan namun tidak berjaya. Perpecahan antara ahli umno di Permatang Pauh merumitkan lagi keadaan . Desakan 'puak-puak' tertentu untuk memilih calon pilihan mereka juga menambahkan lagi masalah dalaman umno permatang pauh yang sememangnya parah.
[umno+kambing.JPG]

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu