Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 21 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Siapa Hafizah?


KUBANG SEMANG, 21 Ogos - Tidak reda dengan isu pecah amanah, sekali lagi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang ada padanya.

Pendedahan terbaru yang dibuat Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi itu berhubung dengan tanggungjawab dan amanah terhadap Rohaizat ke atas isteri keduanya.

Nasruddin memberitahu calon BN, Rohaizat Othman tidak berlaku adil terhadap isteri keduanya, Hafizah, yang dibuat seperti isteri simpanannya.

"Beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada tahun 2005 tanpa didaftarkan selama 3 tahun dan pada tahun 2008 baru didaftarkan secara sah," beritahu Nasruddin.

Beliau menjelaskan bahawa beliau bukan hendak menyentuh soal hal peribadi, tetapi kerana melibatkan kepertanggungjawaban seseorang individu itu dan pihaknya juga mempunyai bukti terhadap perkara ini.

Nasruddin turut mempersoalkan, bagaimana Rohaizat yang dipilih sebagai calon BN itu hendak memikul tanggungjawab terhadap 20 ribu pengundi Permatang Pasir amnya, sedangkan tanggungjawabnya terhadap seorang isteri tidak dapat dilaksanakan.

Ketika ditanya media lebih terperinci mengenai isteri calon BN itu, Nasaruddin hanya menjawab;

"Isteri tersebut cukup hanya dikenali sebagai Hafizah, berada di Jengka, Pahang dan dahulunya pernah bekerja sebagai Ketua Kerani di tempat kerja Rohaizat selama 8 tahun. Isteri Rohaizat itu sendiri berjumpa dengan saya dan saya mengenali wanita tersebut," jelas Nasrudin lagi.

Sehubungan dengan itu, Nasruddin mencabar Rohaizat menafikan perkara ini secara terbuka sekiranya perkara ini tidak betul.

Pendedahkan tersebut didedahkan Nasruddin dalam sidang media selepas program Perlawanan Bola Sepak diantara Kubang Semang FC dan YB Pakatan Rakyat berlangsung, semalam.

sumber : http://prkn11penang.pas.org.my

dan ini maklumbalas dari Rohaizat :

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (c) Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

"Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya.

Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.[sumber]


kedaikopi : Sapa yang Betul dan sapa yang Bohong??.... Kalau hang dah nafi, buat la laporan polis..... tunggu apa lagi, kalau tak betui saman laa..... hang kan loyar. Setakat nak nafi macam tu, budak tadika pun reti..


akira

5 ulasan:

  1. hahha..pandai ustaz cari isu..ustaz memang terer bab2 ni..kalu rohaizat tu dah tak mengaku budak tu isteri dia, ustaz ambik jer la...nanti senang nak turun ke jengka..bukak cawangan kedua, eh ketiga, eh ke berapa ntah...

    bukan dulu ustaz pun ada hajat bukak cawangan ker, jadi ke tak? hahaha bongkar jangan tak bongkar ustaz...

    BalasPadam
  2. Aku menyampah betul dengan pemimpin pas yang bodoh macam Nasruddin ni. Awak tu kononnya ulamak tapi perangai memburukkan orang lain tu langsung tak mengambarkan awak pemimpin Islam. Tak malu ke bila seorang pemimpin Islam hanya mampu berhujah dengan memburukkan orang lain? Cubalah tunjukkan awak tu seorang pemimpin yang bijaksana, benar-benar berpegang pada ajaran Islam, jangan bikin malu orang Islam.

    BalasPadam
  3. Salam Bro,

    Before I go on, just nak tulis sikit...kalau betul la si ROhaizad tu ada 2 bini apa masalahnya?

    Org2 PAS ada more than 2-4 bini boleh je? Or Cuma berbini lebih dari satu ni untuk golongan para ahli syurga (versi NIk Aziz) sahaja? LOL

    1. PAS Cadidate for Permatang Pasir involved in RM60,000 DUIT HARAM.

    2. Anwar involved in a $92,200 USD DUIT HARAM.

    3. Husam Musa sacked his assistant because he was afraid his assistant will 'bocorkan' his secret of receiving RM 66,400 DUIT HARAM!

    So is receiving DUIT HARAM part of the PAS/PR culture now? Is it a deposit to paradise? Maybe Nik Aziz punya paradise la kot...LOL

    Kalau u all tak percaya gi la tanya MSO sendiri..I thought he's a PAS member kan? hehehe

    BalasPadam
  4. salam FATIMAH ngn yg x de nme 2(bacul la 2)..
    yg ust mksud kn bkn nye nk bongkar org 2 berbini 2 sgt..die x kisah pn nk bini brape...
    yg die persoalkan tggjwb seorg suami kpd is3 tu...
    ad is3 rmai lntak pi ar yg pnting adil la...
    nie x nk ngku plak...klu ust 2 tpu cbar la kt mkhamah..
    kte ad undang2 kn...die 2 pn "BEKAS" peguam..xreti nk pkir pe nk buat ke...
    yg tukang komen 2 org nie pkir la dlu sblum nk komen...

    BalasPadam
  5. Laaa nak kahwin lebih dari satu pun takut nak habaq, dah mampu kahwin laaa.. agama membenarkan. yang takut nak mengaku pasai apa?

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu