Oleh : Akmal Kamarudin
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak
Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Distinasi : Mesir, Syria, Jordan
Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politit Perak serta Cenderahati pancel book yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.
Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang.
Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.
Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.
Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Di harapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.
Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .
sumber : http://dppperak.blogspot.com
akira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)