Pilihan anda di PRU13

Ahad, 16 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Syabas!!! Anda memang samseng jalanraya

sekadar gambar hiasan


Suasana pada hari ini di Permatang Pasir semakin sibuk walaupun hujan lebat di sebelah petang. Kedatangan penyokong-penyokong parti (PR dan BN) yang akan menghadiri penamaan calon N11 Permatang Pasir semakin bertambah. Tidak ketinggalan juga anggota keselamatan(trafik) yang seringkali memeriahkan jalanraya dengan tunggangan macho menggunakan 'kuda putih'. Konvoi-konvoi kuda putih ini dapat dilihat berlegar-legar sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh, ini sedikit-sebanyak mengganggu lalulintas apabila mereka berhenti di setiap simpang untuk mendengar taklimat dari pegawai atasan mereka. Taklimat yang diberikan 'DI ATAS JALAN RAYA' adalah berkenaan dengan nama jalan/tempat, anggota yang akan bertugas di persimpangan tersebut dan pelbagai lagi. Aksi-aksi mereka mendapat perhatian daripada penduduk setempat dan orang ramai yang berada kawasan tesebut.

*Syabas diucapkan!!! Anda memang samseng jalanraya.


akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu