Pilihan anda di PRU13

Khamis, 27 Ogos 2009

1 Malaysia : Lepas MCA, MIC pula bercakaran

 MIC PUNYA CERITA

 Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.
"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.
"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya...mStar

...............................................................................................................................
MCA : EPISOD BARU

Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA, usaha sedang dilakukan untuk mendesak supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan.

Anggota MCA bahagian Puchong Datuk Theng Book, yang mengetuai jawatankuasa 'Selamatkan MCA', berkata anggota jawatankuasa itu akan menjelajah ke seluruh negara dalam masa dua minggu akan datang untuk mendapatkan sokongan satu pertiga daripada 2,500 perwakilan pusat parti itu supaya EGM diadakan.

Beliau berkata EGM itu bertujuan mengembalikan semula keanggotaan Dr Chua dan meluluskan usul tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Pada sidang akhbar di sini Khamis, Thean mencabar Ong supaya mengadakan EGM sekiranya beliau yakin mendapat sokongan majoriti anggota parti.

Beliau menafikan jawatankuasa 'Selamatkan MCA' ditubuhkan atas perintah Dr Chua... bernama

 Enam bahagian MCA Johor pada Khamis meminta biro disiplin parti itu melucutkan secara sementara kuasa presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Ong Tee Keat...bernama



lawan jangan tak lawan... rakyat sedia bertepuk tangan... melayu umno gaduh sama melayu umno, cina mca gaduh sama cina mca, india mic pun nak bergaduh jugak... gaduh jangan tak gaduh... kami anak bangsa malaysia  bertepuk tangan

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu