Himpunan mansuhkan ISA berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat marhaen walaupun pihak polis menutup hampir keseluruhan jalan menuju ke pusat bandar dan Istana Negara sejak awal pagi. Jumlah demostran yang ditahan juga masih belum dapat dipastikan lagi. Mereka yang berhimpun demi menegakkan keadilan dan mahu akta ISA dimansuhkan menghadapi tentangan dari pihak polis dan FRU yang bertindak menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. Bagaimanapun GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kedaikopitepimasjid mengucapkan terima kasih kepada pengendali2 blog yang gambar atau video mereka telah diambil untuk dipaparkan kepada pelayar2 kedaikopitepimasjid dan menjadi bahan sejarah untuk dikenang jenerasi akan datang. Tahniah kepada para demostran yang berhati waja dalam menuntut keadilan.
Allahuakhbar!!!
akira8047
kedaikopitepimasjid
salam bro,
BalasPadamweb ShaShinki.com tu kat intro page dia ada tulis ayat Bible. sensitif skit yer..
terima kasih saudara/ri wan. saya terlepas pandang. program affiliate tersebut akan saya buang dari laman ini.
BalasPadam