"Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" Mufti Perak ,Harussani Zakaria,
"Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah.
"Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya," Presiden Pas,TG Haji Hadi
sumber : malaysiakini
..............................................................................................................................................................
kalau setakat nak bercakap saja tak jadi..... laksanakan hukum Islam. Jangan sampai rakyat bercakap "ulama kat Malaysia hanya pandai bercakap"..... kalau enam sebatan pun tak mampu nak laksanakan lagi, apatah lagi 80. Kalau ISA dan PPSMI boleh ditentang hingga ke 'JALAN RAYA', Himpunan menyokong hukum HUDUD Insyaallah akan mendapat sambutan. Terangkan kepada yang bukan Islam tentang kelebihan hukum hudud, orang bukan Islam menentang hudud kerana tak faham cara perlaksaannya, adakan sesi penerangan HUKUM TUHAN ini, nescaya orang bukan Islam akan menerimanya.... Bila adakan PERHIMPUNAN menyokong HUDUD, nescaya melayu, cina, india akan turut serta.
akira
MB KAMI SEMPOI.. TAK PAHAM BUKA GOOGLE TRANSLATE...
8 jam yang lalu
Salam Tuan Tanah,
BalasPadamPertama, saya mengucapkan tahniah kepada Pas kerana dapat mengekalkan kemenangan di Permatang PAsir.
Kedua, saya menyokong penuh saranan tuan agar diadakan sesi penerangan tentang hukum hudud kepada yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam. Insyaallah ramai dikalangan umat Islam yang mengharapkan keredhaan dari yang Maha Esa akan menyokong perlaksaan Hudud di negara ini.
Ketiga, Saya akan turut serta sekiranya diadakan demontrasi mendesak kerajaan melaksanakan Hudud. Insyaallah, kita akan diberi pertolongan oleh Allah SWT.
Allahhuakhbar!
aduh...umpama rumah siap,pahat berbunyi.cakap boleh siapa cakap.tapi kenapa dr dulu tak sokong or tak usaha nak buat?? (sedih tgk sikap ulamak skrg)
BalasPadamapapun yang cuba dilakukan, tak mungkin gagasan satu malaysia akan melaksanakan hukum HUDUD. yang perlu kita lakukan, kuburkan mereka di PRU13, insyaallah Islam akan kembali memerintah.
BalasPadamquote""Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" Mufti Perak ,Harussani Zakaria,"Unquote
BalasPadamTau pon ada nya hukuman sedemikian rupa yg.telah di tetapkan dalam Alquraan.
Tapi mengapa selama ini membisu?
Apa kah pangkat dan kedudukan(Mufti) itu tidak cukup untuk menyuarakan kebenaran dan kesesuaian hukum ciptaan Allah kepada pemerintah?????
Gua cukup sdy dgn Mufti nie....
Salam anakanda
BalasPadamNampaknya perlaksaannya tidak menepati Hukum. Kalau dijalankan juga masih tidak lepas di akhirat. Sakit free jadinya.