Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 22 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Ceramah Lim Guan Eng

PERMATANG PASIR, 22 Ogos - "Di dalam Islam dinyatakan bahawa Isteri ialah pakaian bagi suami dan suami pakaian bagi isteri, tapi UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak boleh pakai" Lim Guan Ng berseloroh ketika berceramah di Permatang Pasir semalam.


Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang meyakini pribadi Ustaz Salleh Man yang jujur, baik dan soleh. Dengan itu beliau berpandangan calon PAS itu adalah yang terbaik untuk kaum melayu, cina dan india di Permatang Pasir.


"Mana mungkin orang yang baik seperti Ustaz Salleh Man boleh dituduh menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000" ujar beliau merujuk kepada serangan pribadi yang dibuat oleh UMNO terhadap calon PAS itu.

Menurut beliau juga, suatu yang pelik apabila dikatakan Ustaz Salleh Man menggelapkan wang sebanyak itu sedangkan untuk PAS mendapatkan RM 3000 pun belum tentu.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Dr mansor othman, Lim Kit Siang dan Badrul Hisham.

Lim Guan Eng turut manambah bahawa wakil rakyat DAP, PAS dan PKR yang menang hanya dengan tujuan berkhidmat kepada rakyat berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin mereka.

Di dalam ceramah tersebut, Lim Guan Eng mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap calon PAS, Salleh Man berjaya mengekalkan kemenangan rakyat pada 25 Ogos ini.

sumber : http://prkn11penang.pas.org.my
akira

4 ulasan:

  1. salam,

    www.duniacacamarba.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Org bukan Islam pun paham tentang islam... yg islam ala Umno ni tak paham2.... ni dibulan baik ni bawak2 ler bertobat... bykkan ibadat jgn dok buat kerja maksiat jer.... rentikan ler menabur gula2 pada pengundi mcm yg lepas2 tu... ni permatang pasiaq kot hangpa nak tau... silap gaya nanti hangpa tersungkoq makan pasiaq... tak caya tunggu tengok.... ada otak tak boleh pikiaq...

    BalasPadam
  3. mintak maaf tuan, nak promo skit…

    sapa2 yg rasa nak buat side income leh contact aku..kelebihan pada org gomen sebab senang nak wat loan..aku dah tgk benda nie dah yg pastinya insyaallah senang..dan yg pasti halal…

    aku ada tempat kosong utk BUKAK PUASA kat penang pada 28hb ni(tempat terhad)..sapa2 nak mai dengaq buleh ..aku tak paksa..buleh contact aku kat thatguy886@gmail.com atau contact je 017-4573469

    BalasPadam
  4. Dari mana asal usul kedaikopi tepi masjid?

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu