Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 8 Ogos 2009

ISA - Najib cakap tak serupa bikin

ISA Tidak Perlu Untuk Hadapi Pembangkang

Kerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata akta tersebut tidak perlu digunakan untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang semata-mata kononnya Barisan Nasional takut terhadap mereka.

Menurutnya ISA hanya digunakan terhadap orang-orang yang boleh mengancam ketenteraman rakyat dan keselamatan negara.

"Kalau tidak mempunyai akta tersebut, insiden-insiden pengeboman seperti yang berlaku di (hotel) JW Marriot and Ritz Carlton di Jakarta bulan lepas dan di Mumbai, India tahun lalu mungkin boleh berlaku di negara kita.

"Kita tidak perlu menggunakan ISA untuk tahan orang politik. Kita bukan takut, kita akan berdepan dengan mereka masa pilihan raya. Itulah ubatnya, bukan menahan mereka menggunakan ISA," katanya pada majlis Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional di sini, Jumaat.

Najib berkata kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan oleh itu, tiada gunanya pembangkang membawa isu itu ke jalanan.

"Mengapa mereka perlu buat demonstrasi. Saya dah cakap ISA akan dikaji, jadi tunggu dulu. Selepas saya menjadi perdana menteri, pada hari pertama pun saya telah membebaskan 13 tahanan ISA," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan sama ada ketua Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) yang baru Selvarasa Pathmanathan berada di negara ini.

"Saya tidak dapat sahkan. Saya tidak mempunyai faktanya," katanya ketika ditanya mengenai laporan agensi berita asing yang menyebut Pathmanathan yang dalam buruan kerajaan Sri Lanka telah ditahan di negara ini.

Bagaimanapun Najib berkata beliau akan memeriksa perkara itu dengan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

akiraKerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

akira8047

1 ulasan:

  1. orang munafik memang cakap macam tu ....

    http://jueara74.blogspot.com/

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu