Pilihan anda di PRU13

Khamis, 13 Ogos 2009

Kontrovesi : Arak,Politik dan Islam

Terdapat satu kontroversi yang melanda Selangor. Sebenarnya, ada banyak kontroversi yang melanda Selangor, tetapi kontroversi yang ingin diperkatakan disini melibatkan isu rampasan bir.

Seperti yang diterangkan oleh Ronnie Liu, EXCO yang bertanggungjawab tentang kerajaan tempatan, rampasan itu adalah satu kesilapan, silap tafsiran, dan bir tersebut telah dipulangkan kepada tuannya beserta surat meminta maaf.

Tambahan pula, seseorang itu memerlukan lesen untuk menjual arak, terang Ronnie. Tetapi bir tidak termasuk dibawah kategori arak. Jadi, seseorang itu tidak memerlukan lesen untuk menjual bir dan kerajaan tidak boleh merampas bir walaupun premis yang menjualnya tidak mempunyai lesen arak. Ini bukan undang-undang yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Undang-undang ini dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi Umno tidak akan membenarkan isu ini mati disitu. Mereka mahu menganjurkan demonstrasi sebagai bukti bahawa mereka adalah sebuah parti Islam yang komited terhadap agenda Islam. Pada asasnya, Umno mahu memaksa kerajaan negeri Pakatan Rakyat menarik balik dasar ‘membenarkan’ bir dijual di Selangor dan mereka mahukan Pas bersatu dengan Umno memperjuangkan pendirian ini.

Persepsi yang dicipta menunjukkan seolah-olah Umno menentang penjualan bir di Selangor. Tetapi mereka hanya menentang hari ini. Untuk selama 51 tahun, semasa Selangor dibawah pemerintahan Umno, mereka tidak menentang penjualan bir. Mereka hanya menentang penjualan bir apabila mereka tidak lagi memerintah Selangor.

Hasan Ali, pemimpin dibelakang pertemuan rahsia dengan Umno sebaik saja pilihanraya 8 March 2008 berlangsung, terus saja bertindak seolah-olah ‘mempertahankan’ Islam. Dia mahukan penjualan bir dan arak diharamkan dinegeri itu, ataupun sekurang-kurangnya dikawasan majoriti orang Islam seperti Shah Alam.

Itu tidak mengapa. Saya sendiri menyokong usaha untuk membasmi kegiatan salahlaku moral. dan saya akan menyokong bukan saja orang Islam, malah orang-orang Yahudi, Kristian, Hindu, Buddhist dan siapa saja asalkan ianya benar.

Tapi ini bukan isu sebenar…bukan juga isu untuk menghapuskan kegiatan haram. Ia hanya lah untuk memalukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama mencipta pergeseran diantara Pas dengan rakan-rakan yang lain, DAP dan PKR.

Pertama sekali, bagaimanakah yang dikatakan kawasan ‘majoriti-Melayu’? Berapa peratuskah orang-orang Melayu yang perlu ada sebelum sesuatu kawasan itu dikategorikan sebagai ‘kawasan Melayu’. Jumlah penduduk Melayu diSelangor ialah 51% . Apakah sesuatu kawasan itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 90% Melayu untuk dikategorikan sebagai kawasan Melayu? Ataupun 70%, kerana tidak mungkin ada kawasan yang mempunyai 90% Melayu?

Ini tidak diberitahu oleh Umno dan kuda Trojannya, Hasan Ali. Oleh itu, bagaimana yang dikatakan ‘kawasan Melayu’ agak kabur. Mungkin mereka perlu mememastikannya terlebih dahulu, dan selepas itu meletakkan papantanda disetiap pintu masuk kawasan-kawasan ini yang mengatakan ‘Daerah Majoriti Melayu’, supaya rakyat mengetahuinya.

Anda sekarang berada di dalam kawasan majoriti Melayu, mungkin begini bentuk papantanda tersebut. Kemudian orang India dan Cina akan meminta perkara yang sama. Dan dengan itu, mereka akan melupakan 1Malaysia kerana seluruh Selangor akan dipenuhi dengan papantanda ‘Kawasan Majoriti Melayu’, ‘Kawasan Majoriti Cina’ dan ‘Kawasan Majoriti India’.

Didalam kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan majoriti India, mereka boleh mengharamkan penjualan daging lembu kerana ia haram pada penganut Hindu. Saya tidak tahu apa yang akan diharamkan dalam kawasan majoriti Cina melainkan memperlahankan suara azan yang kedengaran melalui pembesar suara yang mengejutkan orang Cina sekitar jam 5.30 pagi.

Untuk mengisytiharkan Shah Alam sebagai kawasan majooriti Melayu, dan dengan itu penjualan bir perlu diharamkan masih belum mencukupi. Satu garispanduan yang jelas perlu disediakan supaya penduduk mengetahui dengan jelas apa yang dikatakan sebagai kawasan majoriti Melayu. Undang-undang perlu diluluskan di Parlimen untuk mengharamkan penjualan bir didalam kawasan yang digazetkan sebagai kawasan majoriti Melayu.

Terengganu merupakan kawasan majoriti Melayu yang terbesar. Ia mempunyai 98% penduduk Melayu. Tetapi pada tahun 1999, apabila pembangkang memerintah Terengganu, Presiden Pas, yang juga Menteri besar terengganu, memanggil orang-orang bukan Islam untuk bermesyuarat terlebih dahulu sebelum mengharamkan sesuatu yang ditegah oleh Islam.

Dalam mesyuarat tersebut, wakil-wakil dari masyarakat bukan Islam mengatakan bahawa arak tidak perlu diharamkan tetapi kerajaan boleh mengharamkan perjudian kerana orang bukan Islam melihat judi sebagai satu masalah sosial dan boleh menjejaskan masyarakat.

Jadi, judi diharamkan di terengganu tetapi arak tidak. Dan ini yang dimahukan oleh orang-orang bukan Islam, bukan apa yang dimahukan oleh orang Islam. Pas dihentam begitu teruk kerana mengharamkan judi walaupun cadangan ini datang dari orang bukan Islam. Tetapi arak tidak diharamkan, walaupun arak dilihat lebih bermudarat berbanding judi…ibu kepada semua maksiat.

Kelantan juga mengharamkan judi lebih sedekad sebelum itu walaupun arak masih boleh didapati sehingga kin, termasuk daging babi. Cuma, babi tidak boleh disembelih di Kelantan semasa Kelantan dibawah pemerintahan Umno. Apabila Pas mengambil alih Kelantan pada tahun 1990, mereka membenarkan babi disembelih di Kelantan dan tidak perlu mengimpot dari negeri lain.

Ini menunjukkan PAs mampu, kalau dia mahu, melihat sesuatu itu dengan rasional. Hanya apabila seorang dua personaliti yang mahu menunjuk belang, maka keadaan jadi kelam kabut. Tetapi mereka ini bukan melakukan untuk kepentingan Islam. mereka hanya mahu menyebabkan huru hara didalam pembangkang ssupaya Umno boleh mengambil kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

Anggaplah Umno benar-benar ikhlas mempertahankan Islam. Terdapat satu lagi ‘kawasan majoriti Melayu’ di Selangor, Subang. Sebenarnya, Subang dimajukan oleh syarikat yang dikuasai melayu, Sime Darby. Sime Darby sememangnya selamanya dimiliki oleh orang Melayu.

Seorang yang berpengaruh, yang dikaitkan dengan Daim Zainudin memiliki Holiday Villa di Subang. Holiday Villa bukan sahaja menjual arak, malah mempunyai disko, pub, bar dimana seseorang itu bukan saja boleh minum sampai mabuk, malah boleh menggunakan wanita. Holiday Villa mempunyai rumah urut yang dipenuhi dengan wanita-wanita cantik, dengan bayaran yang berpatutan, mereka boleh menanggalkan seluar dalam dan seseorang itu boleh melakukan seks dengan puas.

Jadi, kita bukan saja bercakap tentang arak disini. Kita bercakap tentang pelacuran disebuah hotel yang dimiliki oleh orang Melayu, dimiliki oleh seseorang yang rapat dengan Daim Zainudin dan ramai lagi dalam umno, dikawasan yang dimajukan oleh syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu.

Apa isunya disini? Adakah tentang Islam? Adakah isunya tentang menghapuskan maksiat? Adakah isunya tidak membenarkan maksita dikawasan Melayu? Adakah Umno marah apabila bir dijual kepada Melayu di Shah Alam? Apa isu sebenarnya?

Cukup mudah. Ia hanyalah usaha untuk mencipta pergeseran diantara Pas dan dua lagi rakan didalam Pakatan. Dan Islam digunakan sebagai landasan untuk mencapai cita-cita ini. Mereka hanya melacurkan Islam. Dan martabat Islam telah dijatuhkan ketaraf pelacur oleh mereka yang mahu merampas kembali Selangor, seperti yang dilakukan di Perak.

(Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel asal,How they prostitute Islam for political gains oleh Raja Petra seperti yang tersiar didalam Malaysia Today)



sumber : perakexpress.com
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu