Pilihan anda di PRU13

Selasa, 18 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Tolong Raikan Tetamu!!!!

INGATAN UNTUK TUAN RUMAH

Bila ada Pilihanraya Kecil, pasti ramai yang akan datang membantu. Tak kira dari parti mana, baik Pas mahupun Umno. Ada yang ber'gaji' dan ada yang sukarela. Petugas-petugas yang turun menolong secara sukarela terutamanya dari Pakatan Rakyat ( tak tau la pulak aku kalau umno pun ada yang tolong secara sukarela) harus diraikan. Ingat, mereka adalah tetamu. Kebanyakkan dari mereka sanggup meninggalkan keluarga untuk datang berjihad disini. Jadinya, penduduk disini selaku tuan rumah se'wajib'nya menyambut mereka dengan hati terbuka.

Lain macam aku tulis kali nie...

Rileksss.....Aku bukan nak hentam sapa-sapa kat sini... cuma sekadar peringatan dari pengamatan.. Apa yang aku lihat, penduduk kat sini semua OK, cuma dua tiga orang yang ada pangkat saja bermasalah. Yalah... bila tetamu datang, sebagai ketua dalam rumah jangan asyik nak tunjuk eksyen saja. Mereka tetamu, jangan kira pangkat lepa.... pemimpin tinggi hangpa layan punya la baik. Bak kata orang tua-tua, pijak semut pun tak mati. Bila petugas sukarela... hangpa layan lebih kurang.. Awat masa hangpa mati, Tuhan nak tanya pangkat hangpa kaaa..... Masalah ni kecik saja, tapi kalau dibiarkan makin teruk jadinya. Aku tau ada diantara hangpa yang baca blog nie... jadi yang mana terasa, ubahlah perangai tu sebelum parah.

Ingatlah wahai manusia sekalian, bila ada tetamu yang mengunjungi kamu, maka ada kebaikan yang akan diberi oleh Allah S.W.T. Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud:


"Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu."



Dari abu Hurairah r.a katanya:"Rasulullah SAW bersabda:"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Muslim).



akira

2 ulasan:

  1. Salam...

    Ana setuju. Ramai yang dah pulang gara gara kesombongan dan "profesionalisme" yang ditunjukkan oleh "orang orang yang diberikan tanggungjawab" itu.

    Antaranya, ana dan 11 rakan rakan yang lain.

    Kami ibarat muhajirin tetapi "permatang pasir" gagal menjadi ansar.

    Maaf.

    BalasPadam
  2. salam tuan pemburu syahid.

    Perkara ini amat dikesali. Semoga sejarah hari ini menjadi iktibar di masa akan datang. Apapun perjuangan perlu diteruskan.

    Allahuakhbar!!!

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu