Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 22 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Mahfuz cabar Khairy

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mencabar Khairy supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau bahawa suruhanjaya pilihan raya (SPR) dan jabatan pendaftaran negara (JPN) pengkhianat kerana membawa pengundi hantu masuk ke dalam kawasan N.11 Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ini.

Portal berita Mstar semalam melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa kononnya ada pengkhianat di dalam JPN dan SPR yang bersekongkol dengan parti yang bertanding (PAS).

"Saya secara peribadi mahu mempersoalkan kredibiliti khairy yang pernah disiasat oleh jawatankuasa disiplin UMNO di dalam perhimpunan agung UMNO lepas disebabkan amalan rasuah." kata beliau dalam sidang media harian PAS pagi tadi.

Mahfuz menambah bahawa Khairy diberi laluan bertanding mungkin kerana sifat beliau sebagai menantu presiden (Pak Lah) pada waktu itu.

Kemenangan Khairy untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut dipertikai oleh ahli-ahli umno itu juga disebabkan isu undi hantu.

Mahfuz juga berkata, sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional lah yang membawa pengundi hantu untuk memenangi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.

"Sebagai contoh kes pengundi hantu di Likas pada tahun 1999, apabila hakim Datuk Mohd Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun Likas dan daftar pemilih 1998 juga sahkan adalah palsu." tambah beliau.

Dalam sidang media itu, Mahfuz sekali lagi mencabar Khairy supaya menerima cabaran debat Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat, bertajuk "siapa pengkhianat negara" pada hari esok sekiranya Khairy jujur dan ada bukti bahawa UMNO dan Muhyidin tidak menjual tanah Johor kepada Singapura waktu Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Menteri Besar Johor suatu ketika dahulu.


sumber : http://prkn11penang.pas.org.my
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu