Pilihan anda di PRU13

Rabu, 19 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Tak cukup dengan media arus perdana, SMS pula digunakan.

Memang benar umno semakin terdesak.Tak cukup dengan akhbar arus perdana, tv-tv putar belitnya kini sistem pesanan ringkas (SMS) pula digunakan sebagai medium untuk menyampaikan berita. Kebanyakkan penduduk disini menerima SMS seperti gambar dibawah.








akira

4 ulasan:

  1. polis malaysia..polis israel pun lebih kurang saja
    sepak..terajang..tak kira org tua..org wanita tua .menteri dia pi belajaq kat israel..umno makin terdesak..pengundi pmtg pasiaq akan membenam kan
    kesombongan pimpinan umno/bn

    BalasPadam
  2. SMS yang begitu jahat dan menjijikkan.

    Sapalah yang sedang cuba mengambil alih peranan syaitan untuk menyesatkan umat manusia dengan memutar belit fakta-fakta kejadian.

    Mungkin kerana syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan ramadhan nanti, maka sekarang ini mungkin sedang berlaku proses pengambilalihan kuasa sementara di sepanjang
    kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir.

    BalasPadam
  3. Bila tengok cara Umno BN berkempen di PRK N11 Permatang Pasir ni teringat kami akan perbuatan orang yang sedang kelemasan di sebatang sungai yang dalam dan deras aliran airnya.

    Bagi orang yang lemas, usahkan berpaut pada sebatang pokok yang teguh berdiri, dapat memegang hujung sehelai rumput pun dikira satu usaha besar untuk selamatkan diri dari lemas dan tenggelam. Walaupun agak mustahil sehelai rumput dapat menyelamatkan dirnya dari lemas, tenggelam atau dihanyutkan arus deras, tetapi apa yang boleh dibuat hanya itu peluang dan ruang yang ada. Bila dalam situasi segenting itu, daya berfikir pun dicelarukan dengan suasana dan perasaan cemas yang makin mencengkam diri.

    Pada saat-saat semacam ini, awas bagi mereka yang berhasrat menolong. Silap haribulan, kita pula yang akan menggantikan tempat mereka. Kita lemas, mereka lepas.

    Begitu jugalah lagak gayanya Umno sekarang ini, mereka jelas sedang kelemasan. Pilih calon pun jenis yang bermasalah, kaki seleweng dan awal-awal lagi tidak menunjukkan sikap amanah. Dengan segala perkara negatif yang ada pada Umno BN, PKFZ, Derma RM10juta, siasatan terpilih, kematian Beng Hock dan sebagainya, akan bisa membuatkan Umno BN untuk memikirkan cara untuk selamatkan diri. Mereka akan gunakan segala macam cara yang ada, halal apatah lagi haram.

    Pada masa-masa sebegini, jangan sesekali ada yang cuba nak jadi hero, selamatkan Umno BN yang sedang kelemasan. Awas kalau ada yang berfikiran sebegitu. Sebab bila anda mendekati mereka (Umno BN), mereka akan merentap kolar baju anda, lemaskan anda semata-mata untuk selamatkan diri mereka. Pada waktu genting itu, tiada guna lagi kita menyesal. Nasi bukan setakat sudah menjadi bubur, malah mungkin sudah tercerna ke dalam bentuk lain yang jijik lagi menjijikkan.

    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    BalasPadam
  4. gila la korang ni..taksub x tentu pasal..bila nak buat sesuatu gunakan akal jgn guna emosi..sejak dh bekerjasama dgn DAP dan PKR korang mcm dh xde pendirian..korang terlalu taksub hingga membelakang hukum2 allah..apakah hidup dizaman umno korang x blh atas utk beribadah??fikir2 kn lah..

    -mastermind-

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu