Pilihan anda di PRU13

Ahad, 23 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Adun Lunas keluar PKR


ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

sumber : malaysiakini
akira

6 ulasan:

  1. Pasal perjuangan parti mcm pelaq kot di Kedah,..lagipun xda apa yg Kedah lakukan sepanjang penggal ni,...kebangkitan rakyat akan bermula,..kalau x percaya tunggu mana2 PRK di Kedah lps ini,..tgok siapa yg akan menang!
    ,..(tanya org kedah, pelaq tu apa?)

    Berdasarkan sumber dalaman PAS,...MB Kedah telah menyumbangkan duit untuk kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,..jika betul, rakyat Kedah harus bangkit menentang 'pencabulan dana negeri' ini!!!
    http://sd-malaysia.blogspot.com/2009/08/mengenai-calon-bn-apa-rakyat-permatang.html

    BalasPadam
  2. kami rakyat kedah rasa berbangga dapat menteri besar seperti sekarang. Sapa kata tiada apa2 yang dilakukan di kedah??...

    bodoh punya malaysia.suarademokrasi.... mengulas tanpa sebarang fakta.

    BalasPadam
  3. tak payah tanya orang kedah... aku pun buleh jawab pelaq tu apa... pelaq tu hang laaa...

    BalasPadam
  4. Salam....

    Buat malaysia.suarademokrasi, yang pelaq tu hang.

    Hanya manusia yang tak waras jer yang akan bercakap macam hang bercakap.

    Ada mata, buta. Ada telinga, pekak. Ada otak, lembu. Ada akal, bangang.

    Dan, buat PKR. Pilihanraya Umum Ke 13 dah dekat. Jangan tamak. Jangan sombong. Jangan perasan kuat macam dulu.

    Jangan tangkap binatang untuk jadi calon. Ukur baju badan sendiri.

    BalasPadam
  5. harap2 PKR ambil iktibar dari apa yang berlaku... Jangan memilih calon yang tak layak... kan dah jadi katak.... Lagi satu, PKR bayak ambil calon yang dulunya ketua2 cawangan atau bahagian dari parti perasuah....tengok, apa dah jadi.... kalau biasa bergelumang dengan najis,.... last2... najis juga jadi pilihannya.... woiii,... kalau nak jadi bebas pun, takkan tak malu nak pegang jawatan exco lagi,.... bau najis kau dah busuk benar!!!!

    BalasPadam
  6. Saya cuma nak komen secara adil, Kenapa dia keluar dari PKR hanya dia yang tahu apa sebenarnya. Kita hanya menelah tanpa bukti. Kita tengok apa sebenarnya selepas ni. Sebagai Adun dia berhak menentukan kedudukannya sehingga habis penggal ni. Penggal depan kalau kita tak berkenan kita pancung dia. Dibulan mulia ni elok kita jaga petuturan kita agar kita tak puasa hanya menahan lapar dan dahaga.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu