Pilihan anda di PRU13

Khamis, 6 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Calon-calon dari PAS

PAS negeri telah mengemukakan 3 calon sesuai untuk diletakkan di Dun N11 Permatang Pasir iaitu Saleh Man, Mat Sabu dan Mohd Roshidi yang juga seorang peguam. Menurut laporan daripada WRLR, Saleh Man adalah antara nama yang difikirkan sesuai sebagai calon kerana selain anak tempatan , beliau dilihat rapat dengan bekas DUN Permatang Pasir dan mengemudi PAS negeri agak lama.

Dijangkakan sebahagian besar cawangan menyokong beliau untuk di calonkan."Biar Bang Mat, (Mat Sabu)kita letak di Parlimen kerana beliau sesuai di sana, dan komitmen beliau di Pusat demikian jelas salah seorang penyokong yang enggan namanya di siarkan.

Namun daripada cakap-cakap rakyat marhaen di kedai-kedai kopi, nama Syamsul Kamal lebih layak untuk dicalonkan. Syamsul Kamal merupakan S/U kepada Allahyarham Mohd Hamdan. Beliau merupakan anak didik Allahyarham Pak Hamdan yang rajin turun padan dan merupakan penduduk tempatan. Walaubagaimanapun ahli dan pengundi di akar umbi akan memberi sokongan penuh kepada calon akan diletakkan kelak.

Yang penting Umno Mesti Dikuburkan!

akira
kedaikopitepimasjid®

4 ulasan:

  1. salam ziarah dan salam perjuangan empunya blog..semoga sihat selalu..

    nak tanya, tiadakah ruangan atau kotak chat room di blog tuan? boleh kita bertukar2 pandangan...

    satu lagi, jika tuan berkenan, bolehlah dimasukkan blog hamba dalam senarai blog list tuan..terima kasih..

    BalasPadam
  2. selamat berkunjung diucapkan buat pria malaya. terima kasih kerana sudi menjengah kedaikopi. Url tuan hamba akan dimasukkan segera.

    BalasPadam
  3. Insya'Allah, Abang Mat bakal ahli Parlimen Rompin yang baru

    BalasPadam
  4. Pilihlah yang layak berada di dewan dan berkhidmat di kampung dan orang yang berada dalam organisasi PAS.

    Bond

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu