
RUANGAN FIKIR SEJENAK
Terfikirkah kita apa yang akan berlaku sekiranya adun-adun daripada BN melompat menjadi bebas dan menyokong pentakbiran Pakatan Rakyat. Adakah mereka akan kita anggap sebagai wira atau kita akan bersama-sama dengan penyokong-penyokong BN turun ke jalan menuntut wakil rakyat tersebut meletak jawatan.
Ura-ura mengenai adun-adun di Terengganu akan melompat masih lagi bertiup kencang. Kini berita mengenai adun-adun daripada MCA di Johor pula kedengaran. Beberapa adun MCA di Johor dikhabarkan akan melompat menyertai PKR berikutan krisis dalaman yang berlaku dalam MCA sendiri.
akira

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)