Pilihan anda di PRU13

Khamis, 20 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Duit palsu pula ditabur.

Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.

Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".

Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.

Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.


kedaikopi : kan dah naya.... lain kali bagi la duit yang ori...... gerenti penduduk tak buat laporan polis...... kah kah kahhhh.....

sumber : topeng perak unmasked@perisik rakyat
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu