Pilihan anda di PRU13

Selasa, 18 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Jangan ambil mudah

Mengekalkan kemenangan atau mempertahankan mana-mana kerusi dalam PRU atau PRK sebenarnya bukan satu perkara yang mudah. walaupun pada dasarnya majoriti yang telah diperolehi dalam Pilihanraya yang lepas amat selesa, tapi itu bukan ukuran untuk kita duduk berselesa-selesa sahaja.

Banyak yang perlu diambil kira. kadang-kadang ini yang kita lalai dan ini jugalah yang kita terima di Manek Urai tempohari. daripada lebih dari 1000 majoriti, menjunam kepada kurang dari 100 majoriti.

Jumlah penyokong yang datang juga tidak boleh diambil kira. yang datang hanyalah penyokong manakala yang bakal mengundi pula mungkin kurang dari 1% sahaja dari mereka. ini bukan sesuatu yang boleh dibangga-banggakan.

Jentera Pakatan Rakyat tidak punya masa yang cukup untuk berkempen secara "all out"... hanya ada 2 hari sahaja lagi dan semuanya mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk menarik seramai yang boleh pengundi untuk memangkah Pakatan Rakyat.

Kita hanya ada jentera yang bergerak menemui orang ramai... terlalu kekurangan bagi aku manakala pihak BN pula mempunyai semua kekuatan yang diperlukan. dari sudut media sahaja dah lebih dari cukup bagi mereka. propaganda sentiasa akan dimainkan 24 jam sehingga hari mengundi.

Mereka tidak perlu risau akan masa yang singkat untuk beribadah. manakala bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS, ini adalah satu-satunya masa yang paling berharga untuk beribadah. kempen terpaksa dikurangkan. rakyat dan para pengundi akan tercari-cari info dari parti yang bertanding.

BN tidak akan mempunyai masalah menyalurkan maklumat baik yang benar mahupun propaganda kerana media yang mereka kuasai tidak perlu beribadah. surat khabar, TV dan Radio cukup efektif. mainkan sahaja dan laporkan sahaja. rakyat akan membaca, rakyat akan mendengar dan rakyat akan menonton samada sengaja atau tak sengaja.

Pakatan Rakyat perlu mencari 1 lagi alternatif untuk berkempen... muslimah PAS walaupun akan bergerak secara all out masih bagi aku tak mampu sebab yang akan didekati oleh muslimah hanyalah golongan wanita manakala golongan pemuda dan lelaki, pasti akan sibuk dimasjid-masjid dan surau-surau.

Berkempen dimasjid-masjid dan surau-surau juga agak tidak baik di Malaysia sebab polisi UMNO/BN - Agama dan Politik tidak boleh disatukan... menggunakan masjid dan surau untuk politik adalah 1 kesalahan di Malaysia.

Jadi jangan kita ambil mudah... kena kerja lebih kuat...


sumber : perisik rakyat
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu