Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 15 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : PEMBERITAHUAN!!!

Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkatkan kepada 59 orang apabila Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga orang lagi dilaporkan meninggal dunia kerana penyakit tersebut.

Sebanyak 209 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhannya meningkat kepada 3,574 orang.[baca penuh]

Sempena dengan penamaan calon N11 Permatang Pasir yang akan berlansung pada 17 Ogos 2009 (Isnin), terdapat ura-ura(berita tak rasmi) yang mengatakan penyokong-penyokong yang tidak memakai topeng muka tidak akan dibenarkan memasuki tempat penamaan calon. Oleh yang demikian, di harap para penyokong yang akan menghadirkan diri di penamaan segera membeli topeng muka. Terdapat sumber yang mengatakan UBN telah menyediakan topeng muka untuk penyokong parti tersebut.

Ceramah Perdana untuk malam ini (15.08.09) akan diadakan di Dewan Besar Sungai Dua. Dijemput semua untuk hadir.

akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu