Pilihan anda di PRU13

Ahad, 30 Ogos 2009

Ramadhan : Bersihkan hatimu wahai pemuda

JAGALAH KEBERSIHAN HATI

Apabila orang tidak menerima dakwah bahkan membenci kita, maka pertamanya kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita tidak boleh menuding jari kepada mereka, seolah-olah mereka tidak bersedia menerima hidayah dan nasihat.

Mungkin sebenarnya kita tidak mempunyai hubungan yang erat dengan Allah swt, menyebabkan pintu keberkesanan dakwah itu tidak terbuka seluasnya. Mungkin juga kerana skill dan teknik dakwah kita masih kurang menarik dan memerlukan kepada pembaik pulihan dari masa ke masa.

Sesungguhnya dosa dan maksiat yang kita lakukan akan menghalang keberkatan dari langit. Menurut al-Jailani sekalipun, hanya yang berjiwa gemerlapan sahaja mampu memperluaskan empayar dakwah. Al-Buti menjelaskan dalam bahasa yang penuh nasihat, masakan yang berhati gelap mampu memberikan cahaya kepada orang lain, sedangkan ia sendiri tidak mempunyai cahaya yang mencukupi.

Orang yang melakukan maksiat secara berterusan ini telah dijelaskan oleh Allah swt, sebagai ornag yang redup dan gelap wajahnya. Semacam terdapat kepingan gelap malam pada wajahnya. Menyebabkan orang tidak berkenan untuk menerima nasihatnya bahkan orang menjadi benci kepadanya.

Keimanan kepada Allah akan memudahkan proses dakwah. Islam tidak akan menang di tangan pelaku maksiat meskipun Allah boleh memenangkan Islam di tangan pelaku maksiat. Memang Islam tidak perlukan kita, namun secara munasabahnya, Islam amat memerlukan pemuda yang beriman dan cerdik untuk mempercepatkan proses kebangkitan islam.

Kaedah terbaik dalam mendidik hati kita ialah dengan mencari seorang murabbi yang mampu mendidik kita. Murabbi ini ibarat seorang ayah yang memberikan kasih sayang kepada anak, seorang sheikh yang membersihkan hatinya dan seumpama seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan.
sumber : http://dzulkhairi.blogspot.com
akira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu