Pilihan anda di PRU13

Rabu, 12 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir : Mana nak cari POLIS yang bagus macam nie...

Catatan 12 Ogos 2009

Jam 2 petang : Kawan aku ajak pi bayar dia punya saman. Tak boleh nak 'renew' lesen katanya. Tak banyak cakap, aku terus ikut. Sampai kat balai trafik, terus kami pi kat kaunter bayaran saman. Dia huloq sekeping kertas yang tertera nombor ic. Polis tu pun check la kawan aku punya saman, lepas print keluar.... 11 saman semuanya. Jumlah keseluruhan saman bermula tahun 2000-2009 ialah RM3300.

" Bang, takdak diskaun ka" saja aku gatai mulut tanya.

"Sekarang mana ada diskaun. Hangpa kena bayaq kompaun macam yang kat atas kertas tu jugak. " Polis yang umoq lebih kurang 40'an balas balik.

Kawan aku pun apa lagi, seluk poket dan bawak keluaq dia punya duit. RM4000 semuanya. Sambil kawan aku dok kira duit, polis tadi mintak balik kertas yang dia print 'kesalahan lalulintas' tadi. Aku tanya pasai apa. Dia jawab, kesian kat member aku, dia nak tolong bagi diskaun...

"ish, tadi kata tak boleh, la nie boleh pulak... macam mana ni bang"

" aku kesian... sebab kita sama-sama Melayu... yang mana aku boleh tolong... aku tolong la"

"ooooo.... tu abang nak bagi diskaun banyak mana" aku tanya lagi.

Polis tadi diam, tangan masih dok tulis kat atas kertas yang di ambik tadi... lepas tu dia huloq balik kat aku. Aku pun ambik dan terus perati..... ooooo... kesalahan yang tercatat jumlah kompaun RM300 dia bagi diskaun.. tinggal RM190. Kesalahan RM900 jadi RM570. Kira punya kira.... diskaun yang polis tu bagi semuanya berjumlah RM1100. Jadi yang kena bayaq cuma RM2200. Kawan aku kat sebelah tersengih-sengih.... mesti dalam hati dia dok kata ' baguih polis nie.... tolong orang Melayu'.

"Aku boleh tolong hangpa banyak nie saja... Nak lebih lagi aku dah tak boleh. Ingat!! kalau bangsa lain aku tak bagi diskaun macam nie.. Sebab kita sama-sama Melayu saja aku bagi nie...."

"Nie pun dah banyak bang.... Terima kasih la tolong saya...." kawan aku balas.

Lepas kira duit, kawan aku pun bagi kat polis tu...

"Hangpa tunggu sat kat bangku tu, lepas keluar resit satgi aku panggil hangpa"

Lebih kurang 30 minit, polis tu panggil.... Dia lipat resit bayaran dan huloq kat kawan aku.

" Hang jangan 'check' resit kat sini... aku takut orang lain pun nak mintak diskaun sama. "

Kawan aku pun terus ambik resit bayaran dan bubuh dalam poket.

"OK bang... Terima Kasih banyak-banyak. Saya balik dulu" sambil tersengih-sengih kawan aku ucapkan terima kasih kat polis tu.

Dalam perjalanan pulang, kawan aku tak henti-henti memuji polis tadi. Sampai saja kat kedaikopitepimasjid kubang semang, dia ajak aku minum dulu. Rezeki mana penah aku tolak. Heheheheee...

"Hang mai sat resit tadi, aku nak tengok....."

Kawan aku pun terus bagi.... aku perati resit tadi. 11 keping semuanya. Tercatat kesalahan, tempat dan nilai bayaran.

"Eh... macammana yang ni RM450... tadi aku tengok polis tu tulih RM570" aku mula konpius..... check punya check jumlah keseluruhan bayaran yang tercatat dalam resit cuma RM1780. Sah dah kena kelentong. RM420 dan kena sapu ngan polis tu.

Dengan nada geram "Cilaka punya polis, dan lagi nak makan duit haram....tolong MELAYU konon. Dunia akhirat aku tak halal duit tu"

*kedaikopi : cerita diatas adalah kejadian yang terjadi pada hari ini di balai trafik dalam kawasan Seberang Perai Tengah.

*Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas

Hangpa tolong perati gambaq kat bawah, lawa banner lepa buat.... "PUKIMAK" tu benda apa?




sumber gambaq : http://sanasinigitugini.blogspot.com

akira

6 ulasan:

  1. salam tuan tanah,
    upah keluar ayat 'tolong melayu' RM200, upah print resit saman 11 keping RM200,upah lipat resit jadi kecik RM20, total RM420..

    Okay la tu..!

    Wakakaka..!!

    BalasPadam
  2. salam wak...

    kah kah kahhhhh....

    tapi yang syoknya.... ayat TOLONG MELAYU yang kerap dia ulang.....

    BalasPadam
  3. Salam bro,...

    tu tolong pelingkup melayu namanya

    BalasPadam
  4. Hang dok caya lagi dengan polis.Nama pun polis(peras orang lalu isi saku)Jangan mare..

    BalasPadam
  5. wakakakaka lawak btoi, ada yg kena saman rm300, minta diskaun dpt diskaun rm200..tp dlm resit rm150 dia kebas rm50

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu