Pilihan anda di PRU13

Isnin, 13 Julai 2009

Manek Urai - Berita untuk Wanita Hari Ini

Berita SATU

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Mas’ud)

Maksud mengubah ciptaan Allah ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah yang sudah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

Mencabut bulu kening yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baru selepas itu supaya menepati cita rasa sendiri untuk kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan haram di sisi Islam.

Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah. Lagipun jika yang dicabut itu yang berselerak, bukan termasuk bulu dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. [ baca lagi ]

Berita DUA


KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.[baca lagi disini]

Berita TIGA


KUALA LUMPUR: Berang kerana kemahuan tidak dipenuhi, seorang wanita dipercayai perempuan simpanan seorang ahli perniagaan mengancam terjun dari tingkat dua sebuah rumah teres di Kuchai Lama di sini, semalam. [ baca lagi disini ]

akira8047
kedaikopitepimasjid

2 ulasan:

  1. setuju wanita tidak boleh mencukur bulu kening dan mengukirnya semula,sesuai dgn hadith2 nabi..janganlah kita kembali kpd jahilliah...telah menutup aurat sempurna tiba2 masih buat kening dan bulu mata palsu..koreksi semula diri..bertaubatlah.

    BalasPadam
  2. Adoi! kalau kita dapat memerintah malaysia, rasa-rasanya banyak juga kerja yang kena dibuat oelh pemuda pas untuk menyelesaikan masalah yang telah ditinggalkan oelh UMNO. Apapun kerja dakwah memang kena berterusan sehinggalah menemui janji Allah.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu