Pilihan anda di PRU13

Selasa, 14 Julai 2009

Manek Urai - Keputusan Rasmi

refresh untuk berita terkini

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9


9.20 mlm - Calon Pas dan pimpinan meninggalkan dewan dan disambut oleh para penyokong

Beberapa pemimpin PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad serta Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.


Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah, 50 sedang ditemubual wartawan selepas diisytiharkan pemenang pada Pilihan raya kecil Manek Urai.


Wakil SPR sedang membuat pengisytiharan pemenang Pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Calon Pas diisytiharkan pemenang.


calon Pas sedang mengisi borang pengisytiharan

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

NONE











kemaskini 8.22pm
Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.

Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.

kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

sumber : pelbagai
akira8047
kedaikopitepimasjid

4 ulasan:

  1. tahniah utk Pas.... untu be end, tolong balik kira berapa banyak duit rakyat yang di perabih

    BalasPadam
  2. tahniah buat Pas... terima kasih kepada pengendali blog kerana menyampaikan berita terkini.
    Allahuakhbar!!!!

    BalasPadam
  3. SYUKUR PADA ALLAH TA ALA PAS MENANG DI KELANTAN JANGANLA MEMIKIRKAN TENTANG PERATUS TUJULA PADA MISI ISLAM SEMALAYSIA ITU YANG PENTING PASTIKAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIAKU YG TERCINTA ALLAH HU ALAM...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu