Pilihan anda di PRU13

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai - Salahguna Agensi Kerajaan oleh UBN

Ketua Biro Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, YB Saifuddin Nasution mendakwa bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik tidak etika dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Dalam persaingan ini, calon PAS-Pakatan Rakyat berdepan dengan sumber tenaga and kewangan yang kuat dari BN. Maklumat-maklumat di lapangan menunjukan bahawa Kerajaan Pusat BN telah mengarahkan jentera Kerajaan Pusat berkempen untuk BN.

Sebelum itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah mendedahkan Kementerian Pertahanan menyalah gunakan anggota-anggota tentera menjalankan kempen di Manek Urai untuk menjalankan pelbagai program supaya menarik undi kepada BN. Baru-baru ini turut mendedahkan pemimpin-pemimpin BN menaiki helikopter berkempen di kawasan tersebut.

Sementara itu, YB Saifuddin mendedahkan bahawa maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat telah membuktikan pegawai kerajaan telah melebihi luar bidang kuasa terlibat dalam pilihan raya berkempen bagi pihak BN. Agensi-agensi kerajaan yang diperalatkan oleh BN termasuk Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), FELCRA, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, KEMAS, Bahagian Serantas, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pihak polis dan tentera.

YB Saifuddin mengulas, arahan-arahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin BN jelas adalah penyalahgunaan kuasa yang serius. Setiap Pilihan Raya Kecil, BN pasti mempergunakan jentera kerajaan untuk tujuan berkempen.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, Saifuddin merayu kepada pengundi-pengundi Manek Urai menggunakan undi untuk menolak penyelewengan dan kelakuan rasuah BN untuk meneruskan perjuangan rakyat.

sumber : http://www.keadilanrakyat.org
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu