Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 18 Julai 2009

Rasuah Di Manek Urai

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN

laporan Polis Berkaitan Aktiviti Sogokan Wang di UPU Sungai Peria

17/7/2009( 11 pagi)-Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ust Mahadi Mat Zain dengan ditemani oleh YB Ust. Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK yang juga YDP kawasan Kuala Krai dan Sdr. Hisham Fauzi, Naib Ketua DPPNK dan seorang peguam daripada Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) pada hari ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Krai berkaitan satu aktiviti penyogokan wang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional pada hari pengundian. Lebih malang lagi, aktiviti penyogokan wang tersebut telah dibuat secara terbuka di perkarangan sebuah rumah di dalam kawasan premis kerajaan iaitu pejabat KESEDAR Sungai Peria yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja daripada Sekolah Kebangsaan Peria iaitu salah satu pusat pembuangan undi dalam Dun Manek Urai.

Menurut Mahadi yang juga pengundi berdaftar bagi UPU Sungai Peria, aktiviti penyogokan tersebut telah bermula seawal pusat pengundian dibuka tetapi tindakan hanya dapat diambil pada jam 10.30 pg memandangkan nasihat daripada pihak peguam agar tindakan serbuan perlu melibatkan anggota MAFREL dan pihak polis serta SPR dan perlu diiringi wartawan. Ini kerana aktiviti penyogokan tersebut telah dilakukan di dalam kawasan premis kerajaan dan tidak boleh dicerobohi oleh orang awam.Penyogokan bersifat ekslusif menggunakan premis kerajaan ini mungkin merupakan satu taktik baru Barisan Nasional bagi menunjukkan kuasa dan kawalan mereka atas premis dan jentera kerajaan.

Di dalam laporan tersebut Mahadi menyatakan bahawa lebih kurang jam 11 pagi, beliau dengan diiringi oleh 4 orang anggota MAFREL, 2 orang anggota polis beruniform dan wartawan serta seorang Peguam telah membuat serbuan ke premis tersebut. Walau bagaimana pun tindakan mereka telah dihalang dan Mahadi sendiri telah terjatuh dari tangga premis tersebut akibat ditolak oleh salah seorang petugas BN yang dikenali sebagai “Mat Zain Bas” ketika cuba memasuki rumah tersebut.

Anggota MAFREL juga telah dihalang oleh beberapa petugas BN ketika cuba untuk memasuki rumah tersebut. Setelah petugas BN membuat rundingan dengan seorang anggota polis, maka Mahadi, anggota MAFREL dan semua penyokong PAS yang sama-sama berada dalam premis KESEDAR tersebut telah diarahkan keluar kerana mereka boleh didakwa cuba menceroboh premis kerajaan dan cuba merusuh. Petugas BN juga menyuruh anggota MAFREL juga keluar kerana MAFREL tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan kerana mereka hanya sebagai pemantau dan pemerhati pilihanraya sahaja. Anggota polis tersebut juga berjanji untuk membuat siasatan berkaitan aduan ini. Para penyokong PAS atas nasihat daripada peguam telah bersetuju mengosongkan premis KESEDAR dan hanya mampu membuat pemantauan dari luar pagar sahaja kerana terpaksa akur akan peraturan dan undang-undang.

Oleh itu, Mahadi menggesa Pihak Berkuasa terutama pihak Polis dan SPRM agar membuat siasatan terperinci berkaitan kes penyogokan tersebut yang telah dibuat secara berani dan terang-terangan pada hari pengundian menggunakan premis kerajaan yang terletak hanya 50 meter sahaja daripada pusat pengundian. Kegagalan pihak berkuasa untuk menyiasat aduan ini pastinya akan membenar dan menguatkan lagi tanggapan orang awam akan ketidaktelusan pihak berkuasa dalam menyiasat aduan berkaitan penyalahguaan kuasa oleh Barisan Nasional dan wujud penguasaan kerajaan dalam mengawal segala tindakan pihak berkuasa ke atas satu-satu aduan terutamanya yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Mahadi juga menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti kukuh berkenaan aduan tersebut kerana insiden tersebut telah dirakam dan pengakuan salah seorang petugas UMNO telah dirakam secara jelas dan akan diserahkan dalam bentuk VCD kepada pihak Polis. Kegagalan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan hanya akan memprejudiskan tanggapan rakyat terhadap mereka.

Mahadi ditemani YB Ust. Latif dan Sdr. Hisham membuat laporan Polis

Salinan laporan Polis yang dibuat oleh Mahadi

http://pemudaguchil.blogspot.com



akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. Pada pandangan aku la... undi PAS just merosot sekitar 200 undi shj dan manakala undi BN meningkat sekitar 800 undi... persoalannya mana dtg sebegitu byk undi... satu perkara yg harus difikirkan...kehadiran polis dlm bilangan yg besar... tapi kekecohan tetap berlaku juga.. apa diorg buat kat sana?

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu