Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai - Tok Guru berganding bersama Ust. Nasha


Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.


Ketidakhadiran beliau di dalam penamaan calon pada 6 Julai lalu dan beberapa siri ceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz, cuba digambar oleh beberapa media bahawa kononnya beliau masih tidak sefahaman dengan Mursyidul Am selepas isu Kerajaan Perpaduan.

Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut.

Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

kelmarin, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang, Selangor.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok memberitahu akan memulakan kempen membantu calon, Abe Uji hari ini ketika ditemui selepas majlis berakhir.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan kemungkinan tidak dapat menyertai berceramah hari ini kerana masih dalam keuzuran.


Beliau bersama-sama dengan Mursyidul AM, Presiden dan calon PAS turut sempat bersarapan bersama-sama.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu