Pilihan anda di PRU13

Jumaat, 3 Julai 2009

DAP Kedah tidak peka kehendak rakyat

ALOR SETAR, 3 Julai (Bernama) -- Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.

Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup.

"Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup.

"Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas tindakan itu berkata DAP bebas membuat apa sahaja keputusan sama ada untuk kekal atau keluar pakatan kerana kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan mereka.

-- BERNAMA

~kedaikopi~ Adakah DAP Kedah mempunyai kepentingan peribadi dalam mempertahankan pusat 'penyembelihan' babi haram tersebut? Atau pemilik pusat tersebut milik kroni2 mereka? Ingatlah!! anda dipilih untuk membela rakyat....bukannya untuk mempertahankan segelintir tokey2 kaya.Rasanya penduduk setempat menyokong penuh penutupan pusat tersebut..... jadi apa pula alasan DAP Kedah?

Untuk melihat gambar2 semasa dan selepas sekitar tapak yang dirobohkan, klik sini dan klik sini

akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. salam semua, pusat sembeleh itu patut ditutup lama dulu lagi kerana ia tidak sesuai berada disitu kerana kaw itu telah membangun dengan pesat ia patut dipindahkan betul tindakan yang diambil olih majlis bandaraya alor setar tak patut dipolitikan
    masaalanya bukan pusat sembeleh tapi bekalan daging, kalau ada bekalan tiada masaalah bagi orang cina yang mustahak mereka hendakan daging bukannya pusat penyembelehan. rasa rasa saya bolih sembeleh diladang babi dan juallah kepada pengguna, orang melayu makan daging lembu yang impot dari luar negara Australia dsb tiada masaalah. jadi jangan politikan perkara ini menjadi isue perkauman kerana akan merosakan perpaduan rakyat yang bersama dalam pakatan rakyat. hendaklah isue ini tidak berulang kerana tak sepatut berlaku kalau DAP banyak kursi ADUN sudah tentu kerajaan rakyat sudah tumbang, kalau DAP gentalmen dan telus tindakan disiplin perlu diambil atau sekurang kurangnya amaran keras tak bolih diam saja. hidup pakatan rakyat untuk semua rakyat malaysia...

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu