Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai - Petronas di 'kambing hitam'kan UBN

(foto : kickdefella.wordpress)

Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato� Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand � Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990. - mj _


sumber : harakahdaily
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu