Pilihan anda di PRU13

Ahad, 12 Julai 2009

Manek Urai - Mu jago anok hok demo mene tu, tak yoh sibuk ambik anok angkat.

UMNO diingatkan jangan ketagih untuk mengambil Manek Urai sebagai kawasan anak angkat sebaliknya negeri di bawah pimpinan UMNO harus dijadikan anak angkat dan diurus tadbir dengan baik.


Demikian peringatan penting yang disampaikan oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam ceramah mereka di Manjor malam tadi.


Tuan Ibrahim menyatakan, ketika PAS mula memerintah di Kelantan pada awal 1990-an, banyak hutang yang terpaksa dilunaskan oleh PAS hasil daripada peninggalan warisan hutang UMNO yang banyak akibat daripada pemerintahan yang korupsi.


Menurutnya, hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di mana negeri Pahang yang dipimpin UMNO sekarang telah disaman oleh syarikat pembalakan selama RM63 juta dan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM200 juta.

"Dan baru-baru ini dua syarikat lagi telah menyaman sebanyak RM200 juta akibat pengagihan tanah sebanyak 10 ribu ekar kepada kroni oleh khalil Yaakob, Pengerusi UMNO Pahang," tambah beliau yang juga pesuruhjaya Pas negeri Pahang.

Keadaan ini tambahnya, jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak perlu begitu ketagih dan berangan untuk menjadikan Manek Urai sebagai anak angkat.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Nasaruddin Daud dalam ceramahnya di UPU Manek Urai Lama menasihatkan BN menjaga DUN yang telah dimenanginya sebelum ini sebelum menjadikan Manek Urai sebagai Anak Emas atau Anak Angkat seperti yang dicanang-canangkan dalam kempen mereka.

"Kalu nok wat Manek Urai jadi anok angkat, pahtu hok 6 DUN hok BN mene tu anok gapo? Tok payoh sibuk nak jadi ke anok angkat, anok emas, jago dulu DUN hok demo mene tu," ujar Nasaruddin yang juga Speaker DUN Kelantan sambil disambut sorakan setuju dari penyokong-penyokong di hadapan Sekolah Kebangsaan dalam Manek Urai Baru itu.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu