Pilihan anda di PRU13

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai - Pemberian Tanah :Kelantan lebih awal mendahului

Jumlah keluasan bagi tanah rancangan yang telah dibuka oleh Kerajaan Negeri ialah 78,170 ekar tanah dan peserta ialah seramai 7620 orang. Setiap orang akan mendapat 8.25 ekar tanah, iaitu 6 ekar tanah kebun getah, 2 ekar tanah dusun dan 0.25 ekar tanah rumah.


Dato' Omar Mohamed semalam, menerangkan isu berkaitan Hakmilik Tanah di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri kepada rakyat Negeri Kelantan.

Dalam temuramah yang diadakan bersama ADUN Perupok itu semalam, beliau memaklumkan bahawa rancangan yang dicadangkan adalah model kerajaan negeri sendiri atas kelembapan pentadbiran kerajaan pusat sewaktu tahun 60-an.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Badan Kemajuan Tanah (1965-1978) berkata, "tiada contoh model yang kita (Kerajaan Negeri) tiru,"

"Ia adalah model kita sendiri. Dasar Kerajaan Negeri ini berpunca daripada semangat rakyat yang rajin bekerja, disamping kelembapan pentadbiran kerajaan sebelum tahun 1960, dalam memberi tanah hakmilik kepada rakyat, bagi mengelakkan rakyat menceroboh tanah-tanah kerajaan secara haram".

"Hal yang demikian, telah mendorong kerajaan PAS membuat dasar supaya tumpuan utama diberi kepada penyelesaian memberi hakmilik tanah kepada rakyat yang meneroka secara haram sebelum tahun 1960," tambah beliau lagi.

Disamping itu menurut beliau, kerajaan negeri telah menyegerakan pembukaan dan pemberian tanah kerajaan secara besar-besaran secara blok kepada peneroka-peneroka.

Jelas Dato' Omar lagi, blok yang terbahagi kepada dua iaitu blok A ialah untuk orang-orang yang miskin yang tidak mempunyai tanah langsung, manakala blok B pula adalah penduduk yang telah memiliki tanah tetapi tidak mencukupi.

Dengan Pembukaan tanah kepada penduduk serta peneroka di sekitar Manek Urai ini, Kerajaan Negeri telah mencapai matlamat dalam membantu rakyat mengurangkan tahap kemiskinan di negeri ini melihat banyak kemudahan awam telah diwujudkan dan dibina seperti sekolah, masjid, balai polis dan sebagainya.

Beliau juga menegaskan, "walaupun apa pun cara KESEDAR buat dan majukan untuk rakyat, pembuka tanah kepada peneroka ialah LTKN milik Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS ketika masa dahulu"i.

Menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak membantu rakyat terutamanya di Manek Urai, beliau menyatakan, bukti kesemua rancangan yang Kerajaan Negeri lebih mendahului negeri-negeri lain dalam memberi tanah kepada rakyat.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu