Pilihan anda di PRU13

Rabu, 8 Julai 2009

Manek Urai - Muhyiddin guna helikopter

Perkembangan semasa di Manek Urai tidak banyak yang begitu mengujakan selain beberapa isu yang dimainkan oleh kedua-dua parti.

Tambahan pula, kawasan yang dipertandingkan ini merupakan suatu tempat yang tidak terpengaruh dengan isu-isu luar walaupun ianya hangat diperdebatkan di tempat-tempat lain.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua hari kempen isu yang menjadi perhatian adalah isu latar belakang calon yang dirasakan boleh memberikan kesan kepada pengundi untuk membuat keputusan pada 14 Julai nanti.

Difahamkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dengan begitu mudah sekali.

Beliau dikatakan mengambil penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan menggunakan helikopter untuk ke Manek Urai.

Menurut sumber, Muhyiddin menaiki helikopter tersebut yang mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuala Krai kerana ingin mengelakkan diri dengan kesesakan trafik jalan raya selain menjimatkan masa walaupun ditawarkan perkhidmatan polis trafik bagi melicinkan perjalanan.

Ini merupakan kali kedua selepas hari penamaan calon di mana beliau menggunakan perkhidmatan helikopter.

Dalam pada itu, terdapat sumber bahawa Umno-BN sedang menjalankan program anak angkat di kalangan pelajar universiti daripada negeri Selatan tanah air.

Setiap keluarga di Kampung Sungai Rek ditempatkan dua orang, dengan setiap anak angkat dibekalkan wang sebanyak RM400.

Difahamkan kira-kira dua buah bas yang digunakan bagi mengangkut para pelajar terbabit, dengan tujuan untuk menyebarkan fahaman dan menggugat sokongan pengundi PAS untuk beralih arah.

Sasaran utama mereka adalah keluarga yang menyokong PAS dan golongan atas pagar.

Tidak kurang juga dengan desas desus yang menyatakan bahawa terdapat sumbangan yang diberikan kepada orang perseorangan yakni pengundi dengan jumlah sebanyak RM1,000 seorang.

Malah, kerajaan Umno-BN sanggup memberikan peruntukan pakaian dan beg sekolah kepada lebih 6,000 pelajar sekolah di Manek Urai ini.

Pelbagai macam gelagat dapat diperhatikan sepanjang kempen pilihan raya kecil ini, meskipun begitu Manek Urai kini terkenal ke serata dunia apabila seluruh mata bertumpu kepadanya.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
foto : TPU
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu