
Pemilihan umpan yang tepat beserta dengan pasang surut air yang cantik mampu membuah hasil yang lumayan kepada setiap pemancing. Pernah sekali aku memancing di perairan Langkawi menggunakan umpan ikan belanak hidup, hasilnya menghampakan berbanding dengan rakan yang menggunakan sotong hidup sebagai umpan. Beliau mampu mendaratkan berbelas-belas ekor jenahak dalam masa dua jam. Namun akan berlaku sebaliknya sekiranya aku memancing di persisiran pantai Pulau Pinang. Begitulah pentingnya pemilihan umpan mengikut tempat dalam arena memancing.
Berbeza pula dengan UMPAN politik yang digunakan kerajaan BN di negara kita lewat kini.

Namun selepas pertandingan ke-12, rakyat a.k.a mangsa umpan BN mampu menilai umpan mana yang harus dipilih. Umpan-umpan yang ditabur tidak mampu menjerat mangsa di lima buah negeri. Dan apabila berlaku pertandingan memancing mini di beberapa tempat selepas pertandingan mega ke-12, umpan yang digunakan oleh kerajaan BN seperti tidak mampu membuka selera mangsa. Kini pertandingan yang bakal berlansung di Manek Urai Kelantan menyaksikan lampakan umpan-umpan yang sama untuk santapan mangsa. Umpan-umpan yang dianggap basi di P.Pauh hingga ke B.Selambau kini masih menjadi pilihan kerajaan BN. Umpan yang nilainya jutaan ringgit ini masih mampu dimaafkan oleh rakyat Malaysai sekiranya digunakan untuk menaiktaraf arena/tempat pertandingan, tapi yang dikesali apabila jutaan ringgit yang diperuntukkan terlepas masuk ke kantung pemancing itu sendiri. Seperti menerima durian runtuh bagi pemancing-pemancing tempatan yang mewakili kerajaan BN apabila terdapat pertandingan. Menang atau kalah tidak dipedulikan, yang pasti bagi mereka, hasil yang diperolehi mampu menampung hidup mereka buat seketika.
Jadi, bagi penduduk Manek Urai, jangan sampai tergoda dengan umpan lapuk hinggakan maruah anda tergadai. Berfikirlah dengan bijak. Ingat, masa sudah berubah......
akira8047
kedaikopitepimasjid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)