Gambar Hiasan
Adun-adun Pakatan Rakyat menjadi mangsa siasatan berat-sebelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi bantuan kepada surau, sekolah dan persatuan penduduk.
Bercakap kepada media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, ADUN Kinrara Teresa Kok, berkata SPRM telah merampas dokumen yang mengandungi butiran peruntukan kerajaan negeri kepada beliau, Adun Sri Kembangan Ean Yong Hian Wah, Adun Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin, Adun Bukit Lanjan Elizabath Wong, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh, Adun Kampung Tunku Law Weng San dan Adun Bukit Gasing Edward Lee.
"Pada kes saya, saya telah menyumbang RM 10,000 untuk membeli pembesar suara. Anehnya pada 2 minggu lalu, pegawai SPRM telah menyoal siasat Imam dan ahli jawatankuasa surau untuk beberapa jam. Dan mereka akan disiasat lagi malam ini. Jadi saya mahu tanya, apakah kesalahan yang telah kami buat?
"Dalam kes saya, saya menderma RM10,000 kepada sebuah surau di Puchong, tetapi sekarang imam dan jawatankuasa surau disoal-siasat selama beberapa jam dua hari lepas. SPRM akan datang dan siasat mereka sekali lagi malam ini" kata Teresa.
Beliau turut melampirkan keratan akhbar serta surat dari kariah Surau Darussalam, Batu 13, memohon bantuan wang untuk membeli pembesar suara untuk laungan azan.
Mereka amat berdukacita dengan tekanan seperti ini, dan Pakatan Rakyat menyoal mengapa SPRM hanya mensasarkan mereka bertujuh.
"Kami sebagai ADUN, wakil rakyat kami menggunakan hak yang telah diberi untuk memberi peruntukan kepada rakyat sama ada surau,persatuan, sekolah atau sesiapapun dan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan. Kami hanya menjalankan tugas sahaja.
Kenapakah kami diganggu oleh SPRM dan mengambil fail peruntukan 7 orang ADUN ini dan kami semua dari kaum Cina?"
"Kami hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetapi kita dihukum oleh SPRM. Persoalannya mengapa hanya kami bertujuh? Adakah kerana kita berbangsa Cina?" kata Teresa.
Teresa menambah tindakan SPRM menganggu kariah masjid dan ahli jawatankuasa persatuan penduduk telah menimbulkan ketakutan.
"Mereka amat takut. Hanya kerana mereka menerima bantuan dari kerajaan Pakatan Rakyat, mereka telah disoalsiasat beberapa jam. Apa motif SPRM? Perlukah mereka siasat mengapa saya sumbang wang kepada surau? -TVA
akira8047
kedaikopitepimasjid
Sepatutnya sebagai seorang Islam kita patut merasa malu apabila yang non muslim sanggup berbelanja untuk kepentingan penduduk setempat. Tapi lain pulak yang terjadi pada kuda tunganggan UMNO ni, sudahlah nak menderma pun payah, bila sumbangan datangnya dari Adun Pakatan Rakyat mereka berburuk sangka pulak...
BalasPadambegitulah kalau dah sain kontrak kerja dengan taukeh kena sokong taukeh kalau tidak miss sorru!!!
BalasPadamuntung dapat wakil yang pemurah tanpa mengira agama..
BalasPadambagi derma untuk beli kelengkapan masjid pon diragu2...
buta sangat ke hati tu....
salah ke nak jaga kebajikan masyarakat kat situ..