Pilihan anda di PRU13

Selasa, 7 Julai 2009

7 JULAI - BERITA DARI MANEK URAI

BERITA SATU

TUAN GURU ZIARAH PENDUDUK LALOH

Manek Urai, 7 Julai - Tuan Guru Presiden PAS sempat menziarahi seorang penduduk Kg Laloh yang telah diserang stroke. Kg Laloh merupakan kawasan yang terletak di dalam DUN Manek Urai.


Hj Mokhtar Kadir berumur 60 tahun merupakan sepupu kepada Arwah Pak Su Wel, bekas Adun yang telah banyak berjasa kepada penduduk di DUN Manek Urai. Hj Mokhtar memberitahu kepada Tuan guru bahawa beliau telah lama mengidap penyakit tersebut.

Kelihatannya beliau tidak mampu berdiri sendiri melainkan dibantu oleh keluarga beliau.

Tuan guru yang sangat bersimpati, juga menasihati kepada Hj Mokhtar supaya banyak bersabar menghadapi dugaan yang sangat mencabar tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan olehNya.

Turut sama dalam program ziarah tersebut ialah YB Dato' Hj Omar Mohamad yang merupakan ADUN

Perupuk.

Sebelum itu Tuan Guru Hj Abd Hadi menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Laloh, bertajuk Isra' Mikraj.

Dalam kuliah tersebut, Tuan Guru menyeru kepada ahli jamaah masjid supaya berjuang menegakkan Islam dan menyokong risalah yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w tersebut.

BERITA DUA

Ahli Parlimen PAS Turun Padang Bina Rumah
Ditulis oleh Zie Addin, Syamila N
TUESDAY, 07 JULY 2009 16:08


TEMALIR, 7 Julai
- Program Perkampungan Ahli-ahli Parlimen diteruskan hari ini dengan tiga upacara utama iaitu gotong-royong, motivasi pelajar dan ceramah umum.

Majilis gotong-royong tersebut diadakan bertujuan untuk membina tapak rumah seorang penduduk Kampung Temalir, Che Noh Salleh, 52, bagi menggantikan rumah beliau yang telah uzur.

Beliau yang ditemui pemberita, mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen yang sanggup bertungkus lumus bergotong-royong untuk membina asas rumah tersebut.

"Sebenarnya saya telah memohon dengan pihak kerajaan persekutuan tetapi nama saya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan perumahan," kata Che Noh Salleh.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemui menyatakan pihaknya akan berusaha memastikan agar rumah tersebut dapat disiapkan dengan pembiayaan sepenuhnya daripada sumbangan peribadi ahli-ahli parlimen PAS.

"Kami akan pastikan rumah ini siap. Pembiayaan pembinaan rumah ini sepenuhnya daripada wang peribadi ahli-ahli Parlimen PAS," katanya.

Rumah berukuran 32' x 22' kaki persegi tersebut dijangka menelan kos bernilai antara RM10,000 hingga RM15,000.

Selain itu, Dato' Mahfuz Omar yang bersemangat menyertai gotong-royong tersebut berkata, "Program Perkampungan ahli-ahli Parlimen PAS ini tidak terhenti setakat musim pilihanraya sahaja. Kami merancang untuk turun padang bertemu rakyat yang memerlukan".

Program gotong-royong ini akan diteruskan lagi esok bagi membaiki rumah kedai seorang penduduk di Manek Urai.


sumber : http://prkn41.pas.org.my
akira8047
kedaikopitepimasjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu