Pilihan anda di PRU13

Rabu, 8 Julai 2009

Manek Urai - Jihad Anak Melayu

Kami yang diberi kesempatan oleh Allah dapat bersama-sama dalam barisan jihad di bumi Afghanistan, amat bersyukur kerana dapat menikmati keindahan jihad Islam.

Suatu keindahan yang tak mungkin ada dalam corak perjuangan selain daripada ini, dengan cabaran-cabarannya yang terpaksa dilalui sebelum menemui syahid.

Segala peristiwa kehebatan dan keanehan perjuangan pahlawan-pahlawan Islam yang lalu, seolah-olah wujud semulajadi di sini. Itulah perasaan yang benar berlaku pada diri kami.
Buku pilihan kedai kopi :
JIHAD ANAK MELAYU DI AFGHANISTAN
"Merintis Jalan Shuhada"
Penerbitan Pemuda
8 oktober 1989 / 8 Rabiuawal 1411
hadapan

belakang

Kisah melalui pengalaman sebenar oleh Zainon Ismail (C.N Afghani). Beliau mungkin tidak dikenali oleh lapisan baru pecinta dakwah dan gerakan Islam Negara ini. Mungkin kerana tidak ada sorotan lensa kamera dan catatan wartawan merasa perlu untuk merakamkan kisah hidup beliau. Namun sebenarnya beliau pernah mencipta nama dalam dekad 90an hasil daripada tulisan-tulisan beliau mengenai jihad yang telah dituang ke dalam 13 buah buku.
Cikgu Non (nama mesra beliau) pernah menjadi penjawat awam iaitu pendidik di beberapa buah sekolah, yang terakhir ialah Sekolah Menengah Tajar, Alor Setar, Kedah. Cikgu Non juga memesrai anak-anak muda pelbagai lapisan dan pernah memimpin anak-anak muda Islam di Padang Terap. Ketika isu rampasan tanah Muassasah Darul Ulum dalam dekad 80an, beliau dan anak-anak muda yang lain menyingsing lengan berdada dengan pihak yang sentiasa mencemburui hasrat Parti Islam untuk membina kefahaman masyarakat dengan ilmu Islam. Di tapak yang menjadi kontroversi inilah , hari ini berdiri megah kompleks pendidikan Islam Darul Ulum yang diilhamkan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor.
Beliau pernah menjadi wartawan harakah dan melontarkan kritikan mahupun idea-idea lewat penulisannya di dalam akhbar oposisi tersebut. Keceriaan dan kelasakan beliau bergerak ke seluruh negara dalam menyampai risalah Islam akhirnya terhenti seketika, beliau dan teman-teman yang lain ditahan di bawah ISA. Kem Kamunting menjadi saksi bisu akan kezaliman akta draconian ini. Beliau mendekam lebih daripada lima tahun, menjeruk kerinduan kepada keluarga tercinta, teman-teman yang setia, dunia penulisan (telah menghasilkan lebih 13 buah buku pelbagai tajuk) dan perjuangan Islam yang beliau sertai semenjak zaman belia. Saya teringat pula saat ‘banduan politik KMM’ ini diserap di Kamunting, pelbagai usaha pula dibuat di luar kem tahanan untuk membebaskan mereka. Saya dan teman-teman turut bergabung dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melakukan pelbagai kempen utnuk membebaskan tahanan tanpa bicara ini. Syed Ibrahim (Pengerusi GMI), Pak Abu, Kak Nuri, Kak Nashita, Kak Liza, Dr. Badrul Amin,Ustaz Azli@ Toliban dan ratusan aktivitis lain berkeliling negara mengadakan kempen memansuhkan ISA, mengedarkan risalah, poskad, mengutip tandatangan, menerbitkan buku, menerbitkan VCD khas kezaliman ISA, solat hajat, perarakan aman, teater, demonstrasi adalah sebahagian acara berkempen.
Menziarahi dan menyantuni keluarga mangsa-mangsa ISA adalah saat-saat memilukan, sebahagian besar keluarga mangsa ISA (KMM) ini hidup dalam keadaan susah. Menyorot bening mata anak-anak mangsa ini akan menyerlahkan kepada kita kezaliman yang ditimpakan kepada mereka.
Kesan daripada kempen anti ISA yang gencar ini, maka pemerintah telah melepaskan tahanan ISA (KMM) ini, cikgu Non telah dibebaskan tetapi dengan pelbagai syarat.
Beliau kehilangan masa menulis semasa dalam tahanan, kerana menulis adalah dilarang. Kesan tidak “mengetuk” keyboard computer dalam tempoh yang lama ini turut melunturkan bakat cikgu Non apatah lagi dengan kesihatan mula diranggus oleh penyakit sejajar dengan umur yang makin menjelang senja. Cikgu Non selama ini memang dikenali dengan keprihatinan yang mendalam terhadap kebajikan balu-balu dan anak-anak syuhada Memali (1985). Beliau berkongsi keuntungan berniaga dengan menyantuni mangsa-mangsa tragedi Memali yang dilupakan oleh rakyat negara ini. Semoga Cikgu Non dikurniakan dengan kelapangan dan kesihatan yang baik untuk terus memberi sumbangan kepada Islam.[sedutan dari]


kedaikopi - buku ni adalah buku pertama yang aku baca selepas buku teks sekolah. Sebuah kisah benar tentang keindahan perjuangan dalam mengejar syahid. Pengalaman seorang anak melayu yang berjihad bersama-sama dengan mujahidin lain di bumi Afghanistan. Kepada anak-anak muda, buku ini pasti akan memberikan semangat dalam menegakkan perjuangan Islam. Cari di kedai2 buku sekitar anda.( Buku yang ada kat aku adalah keluaran pertama dan dah berusia lebih 15 tahun). Jadi mungkin kulit dan wajah buku dah berubah, pastikan nama penulis adalah C.N. AL AF-GHANI
akira8047
kedaikopitepimasjid

1 ulasan:

  1. saya besa baca buku ni..
    keluaran ni la..
    sekarang saya nak baca sekali lagi . kat mana bole cari ? dah puas saya cari tak jumpa.

    BalasPadam

Ulasan yang membina dialu-alukan. (kalau nak ulas atau nak hentam aku... sila taruk nama... baru aku boleh respek hangpa... tak tau cara nak tulis nama : hangpa klik kat nama/url dan kasi taruk nama kat situ. bukannya susah pun)

10 ARTIKEL YANG TERDAHULU

Artikel Terdahulu